Loading...

Polis mula siasat Guan Eng

Loading...
Polis mula siasat Guan Eng - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis mula siasat Guan Eng, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis mula siasat Guan Eng
link : Polis mula siasat Guan Eng

Baca juga


Polis mula siasat Guan Eng

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng berhubung video beliau terkinja-kinja menyanyikan lagu antikerajaan bersama-sama kanak-kanak seperti yang tersebar sejak kelmarin.
 
Video yang di­percayai dirakam ketika majlis pelancaran pusat tuisyen rakyat di Jelutong di sini dan turut dihadiri ibu bapa kanak-kanak terbabit mengundang reaksi kurang se­nang orang ramai yang mengecam Guan Eng kerana didakwa sanggup mengheret kanak-kanak bagi mencapai kepentingan politik peribadi.
 
Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, kertas siasatan tersebut dibuka mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
“Kami buka kertas siasatan susulan tiga laporan polis yang dibuat pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini semalam.
 
“Kami akan me­ngambil ke­terangan beliau (Guan Eng) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Semalam Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain; Pengerusi Pe­nang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Mohd. Ibrahim A. Siahoo membuat laporan polis berhubung video itu di ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
 
Laporan itu dibuat susulan video yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook milik Guang Ming Daily yang memperlihatkan Guan Eng ‘terkinja-kinja’ mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam sebuah majlis yang kebanyakannya dihadiri kanak-kanak.
 
Video berdurasi 32 saat itu memperlihatkan kanak-kanak berkenaan menyanyi lagu dengan lirik termasuk A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB)



Thus Article Polis mula siasat Guan Eng

Itulah artikel Polis mula siasat Guan Eng Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis mula siasat Guan Eng dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/polis-mula-siasat-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis mula siasat Guan Eng"

Catat Ulasan

Loading...