Loading...

Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Loading...
Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB
link : Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Baca juga


Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak punya alasan untuk menafikan kaitan ahli perniagaan Jho Low dengan syarikat 1MDB.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, hubung kait ahli perniagaan itu dengan 1MDB dapat disahkan melalui dokumen surat-menyurat Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Bank Negara dilaporkan telah menulis kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin pada 6 April 2016 untuk mengesahkan bahawa Good Star Ltd, sebuah syarikat yang didaftarkan oleh Cayman Island, dimiliki oleh Jho Low.

“Walaupun perkara itu tidak dibentangkan dalam laporan akhir PAC kononnya disebabkan campur tangan Hasan, Wall Street Journal berkata pihaknya ada melihat surat dari Bank Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakta ini kata Setiausaha Publisiti DAP itu bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun yang mendakwa Jho Low tidak mempunyai peranan dalam firma yang bermasalah itu merujuk kepada rumusan PAC.

Sehubungan itu katanya, Fuzi perlu menyiasat sama ada polis benar-benar menjalankan siasatan ke atas  pemindahan $1.03 bilion dari 1MDB ke Good Star.

Beliau juga membangkitkan persoalan adakah polis menyoal siasat pegawai Bank Negara yang mengesahkan penglibatan ahli perniagaan kontroversi itu dengan Good Star.

“Jika tidak, nampaknya KPN perlu dipecat kerana beliau cuba melindungi penyanggak besar yang merompak rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Jho Low sekali lagi mencuri tumpuan ekoran rampasan kapal persiaran Equanimity bernilai US$250 juta oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kapal itu dirampas atas dakwaan dimiliki oleh Low yang dibeli menggunakan dana berkaitan 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan. #sumber


Thus Article Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Itulah artikel Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/tony-pua-surat-bank-negara-pac-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...