Loading...

Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Loading...
Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak
link : Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Baca juga


Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Razali Ibrahim mendedahkan surat kuasa wakil penuh (PA) dalam kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada syarikat swasta ditandatangani pengerusi dan pengurus besar agensi ketika itu.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan maklumat ini tidak membersihkan atau menyalahkan mana-mana orang sehinggalah siasatan Felda dan pihak berkuasa selesai dijalankan.

“Kita zaman sekarang tak boleh sembunyi-sembunyi pun, banyak benda akan terdedah. Sekarang saya jawab di Parlimen. PA tersebut ditandatangani oleh pengerusi Felda dan pengurus besar ketika itu.

“Ini bukan bertujuan tentukan siapa betul, siapa salah kerana siasatan masih berlangsung,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat hari ini.

Fauzi bertanyakan tentang individu dalam agensi kerajaaan itu yang menandatangani PA dalam kejadian itu.

Razali menambah penemuan itu berdasarkan kepada audit forensik ke atas 240 dokumen termasuk minit mesyuarat lembaga Felda.

“Saya tak boleh dedahkan 240 dokumen yang disiasat oleh forensik dan syor-syor yang dinyatakan kerana laporan audit itu juga diminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah satu dokumen siasatan yang sedang berlangsung,” katanya.

Tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur menjadi laporan muka depan akhbar selepas media mendapati tanah kerajaan itu dipindah milik kepada syarikat swasta menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.

Tanah itu sedang dimajukan untuk membina Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), sebuah projek bernilai tinggi membabitkan 7 menara.

Berita Harian melaporkan pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama dan Felda memberikan PA kepada syarikat itu.

Menurut laporan itu, semua keputusan pelantikan syarikat itu, dipercayai oleh FIC, hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah Felda 3 bulan untuk diluluskan secara retrospektif.

Pada 9 Mac lepas, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda berjaya mengambil semula 16 lot tanah terlibat selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan pemaju KLVC. #sumber


Thus Article Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Itulah artikel Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/razali-dedahkan-bekas-pengerusi-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak"

Catat Ulasan

Loading...