Loading...

Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Loading...
Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah
link : Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Baca juga


Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengingatkan isteri menteri Kabinet supaya bersatu padu dan tidak termakan fitnah pembangkang untuk memecah belahkan hubungan pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Yang dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu berkata, sebagai isteri pemimpin BN, mereka perlu bersama menangkis segala tohmahan dan fitnah ciptaan pembangkang.

“Mutakhir ini, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit perpecahan, persengketaan dan menyemarakkan api permusuhan.

“Kita harus kuat dan bersama-sama menangkis segala tohmahan dan juga fitnah yang membuta-tuli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Bakti ke-41 di Bangunan Siti Hasmah, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Isteri perdana menteri itu berkata, jika ahli Bakti tidak bersatu, ia akan memudahkan pembangkang menghancurkan BN.

“Jika kita dilihat tidak bersatu, jika kita hilang solidariti dan jika kita hilang kesepakatan, tentunya perkara ini akan memberi bonus kepada pihak di sana.”

Rosmah turut menyeru ahli Bakti menyokong BN pada pilihan raya umum ke-14.

“Demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Barisan Nasional perlu menang.

“Saya yakin biarpun menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tentangan yang tiba, kita ahli-ahli Bakti dengan beraninya harus berdepan dan mara menuju kemenangan. Kalau kita bekerjasama, kita mampu menawan hati dan nurani rakyat.”

Sementara itu, Rosmah berkata, Bakti membelanjakan RM1.9 juta untuk menganjurkan program kebajikan Bakti sepanjang tahun lalu.

“Perlu ingat, berjaya dan majunya negara Malaysia sehingga sekarang merupakan hasil usaha gigih pentadbiran cekap serta sistematik di bawah kerajaan pimpinan BN.” #sumber


Thus Article Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Itulah artikel Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/rosmah-gesa-isteri-para-menteri-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah"

Catat Ulasan

Loading...