Loading...

Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan

Loading...
Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan
link : Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan

Baca juga


Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan


KUALA LUMPUR: Perhimpunan jalanan yang diadakan pemantau pilihan raya, Bersih pada 2012 bertujuan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokratik, mahkamah diberitahu hari ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan timbalan ketua polis negara ketika itu berkata, perhimpunan Bersih itu menyebabkan keadaan hampir huru-hara, tetapi polis berjaya mengawal keadaan bertambah buruk, termasuk mengelakkan kecurian.

“Situasi hampir tidak terkawal. Ia tidak lagi aman kerana berlaku keganasan dan kemusnahan harta benda awam,” katanya dalam pemeriksaan oleh peguam Mohammed Nasser Yusof.

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman fitnah yang difailkan bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah terhadap pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.

Khalid yang bersara daripada jawatan ketua polis negara (KPN) September lalu dan kini merupakan pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, menjadi saksi Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Perhimpunan pada 2012 itu diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi Bersih 2.0 ketika itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, Maria ialah salah seorang penganjur perhimpunan itu dan mereka gagal mengawal peserta serta menghasut orang ramai menerusi ucapan politik.

Katanya, pada 28 April 2012, beberapa kenderaan kerajaan diterbalikan penyokong Bersih yang menyertai perhimpunan itu.

Khalid berkata, persepsi polis terhadap Bersih ialah ia adalah organisasi yang enggan menghormati undang-undang dan mendengar nasihat agensi penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, Bersih mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, tetapi itu adalah protes jalanannya bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata, Maria turut disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 2015 kerana polis menerima maklumat Bersih mendapat dana asing.

Ketika pemeriksaan balas oleh N Surendran, peguam Maria, Khalid berkata, beliau tidak pasti sama ada polis sudah menutupkan siasatan ke atas Maria atas dakwaan menerima dana asing, kerana beliau sudah bersara.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedar Maria belum didakwa dengan sebarang kesalahan berkaitan keselamatan oleh pendakwa raya.

Khalid berkata, beliau tidak tahu mahkamah sudah menolak saman difailkan kerajaan terhadap Bersih atas kemusnahan harta benda awam pada 2012.

Beliau menafikan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, beliau membantu Bersih melaksanakan hak demokratiknya untuk berhimpun secara aman dan beliau bersikap kritis terhadap organisasi itu seperti ditunjukkan dalam satu siri kenyataan medianya.

Maria menyaman Jamal memfitnah Bersih dalam satu sidang media di luar Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 September 2016.

Beliau turut mendakwa pada 4 Oktober tahun sama, Jamal mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Bersih dalam satu sidang media di kawasan Bukit Aman.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 7 Oktober, Maria berkata, beliau diheret dalam skandal awam dan reputasi serta nama baiknya tercemar.

Beliau menuntut ganti rugi am dan teruk, serta injunksi bagi menghalang Jamal daripada mengeluar atau menerbitkan kata-kata sama, sama ada secara lisan, cetakan atau dalam talian.

Jamal bergantung kepada alasan kukuh dan komen wajar sebagai pertahanan.

Perbicaraan itu diteruskan di depan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab petang ini. #sumber


Thus Article Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan

Itulah artikel Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/bekas-kpn-dakwa-perhimpunan-bersih-2012.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas KPN Dakwa, Perhimpunan Bersih 2012 Adalah Untuk Guling Kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...