Loading...

RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman

Loading...
RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman
link : RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman

Baca juga


RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sepatutnya Isnin atau Selasa depan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan mengumumkan apakah perkembangan tuntutannya terhadap PPBM, kata bekas pengasas parti itu, Kamarul Azman Habibur Rahman.
 
Kamarul ketika dihubungi Antarapos berkata perkembangan itu amat dinantikannya malah beliau menjangkakan PPBM akan dibubarkan RoS.
 
Ujarnya, PPBM sendiri mengakui partinya tidak mampu memenuhi semua tuntutan RoS berupa dokumen minit mesyuarat serta penyata kewangan setiap bahagian serta cawangan seluruh negara.
 
"Saya sebenarnya tertunggu-tungu apa tindakan RoS. Bagi saya, saya memang sedar sebagai salah seorang penaja parti, saya pasti PPBM tidak mampu memberi dokumen yang diminta RoS.
 
"Saya yakin juga PBBM terpaksa menerima hakikat yang mereka akan dibubarkan. Semalam hari Jumaat, hari ini hari minggu maka saya tertunggu-tunggu hari Isnin atau Selasa sama ada RoS akan mengeluarkan kenyataan yang baru berkenaan status PBBM. Jadi kita tunggu hari Isnin atau Selasa paling lewat," katanya.
 
Sebelum ini, RoS berkata PPBM berdepan risiko dibubarkan jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendakinya dalam tempoh 30 hari, berkuat kuasa 28 Februari lalu.
 
"Saya bersama rakan-rakan (bekas ahli PPBM) sebenarnya menatikan saat dimana RoS membuat keputusan yang sepatutnya setelah memberi ruang secukupnya kepada PPBM.
 
"Tindakan yang perlu diambil berlandaskan kepada keputusan yang sewajarnya yang selama ini seperti yang telah dilakukan kepada badan parti lain yang tidak menepati perlembagaan mereka dan tidak ada 'double standard' yang berlaku," katanya.
 
Kamarul berkata jika RoS masih memberi muka atau tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas PPBM, pihaknya akan mempertimbangkan untuk sekali lagi mengadakan himpunan sebagai tanda protes.
 
"Kumpulan kami yang suatu masa dulu bertungkus lumus dalam PPBM, tertunggu-tunggu dan bersedia dengan langkah seterusnya (demo aman), sekiranya keputusan tidak menepati apa yang kami rasa perlu dilakukan RoS," ujarnya.
 
PPBM dilihat mula akur bahawa jangka hayat partinya amat berisiko justeru pemimpinnya memilih untuk tidak menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Sebaliknya akan membuat keputusan Selasa depan sama ada bertanding menggunakan PKR atau Amanah pada pilihan raya umum kelak.
 
Bukan sahaja PPBM, DAP juga memutuskan perkara yang sama apabila partinya juga mempunyai masalah dengan RoS.
 
DAP terdahulu diarahkan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) oleh RoS selepas ia diisytiharkan tidak sah



Thus Article RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman

Itulah artikel RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/ros-patut-umum-status-ppbm-isnin-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RoS patut umum status PPBM Isnin atau Selasa ini - Kamarul Azman"

Catat Ulasan

Loading...