Loading...

PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS

Loading...
PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS
link : PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS

Baca juga


PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PPBM sudahpun menyerahkan segala dokumen yang dituntut kepada Pendaftara Pertubuhan (RoS) pada Khamis lalu, kata Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
 
Bagaimanapun Kamaruddin berkata tidak semua dokumen yang diminta RoS diberikan sebaliknya PPBM hanya menyerahkan 'apa yang ada sahaja' kepada badan itu. 
 
"Kita sudah serahkan dokumen kepada RoS pada hari Khamis, 29 Mac 2018. Kita juga dah hantar dokumen ke tangan pegawai RoS sendiri.
 
"Apa yang ada dalam rekod semua kita dah hantar. Kini kita hanya menunggu maklumbalas daripada pihak RoS sahaja," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut jabatan berkenaan.
 
Muhyiddin berkata, dua tuntutan yang mungkin tidak boleh dipenuhi PPBM itu, adalah berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu.
 
Ketika diminta mengulas lanjut, Kamaruddin berkata RoS tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan PPBM dibubarkan.
 
"Tidak semudah itu sebenarnya, kalau mengikut peruntukan dalam akta pertubuhan, hanya menteri sahaja ada kuasa untuk membubarkan parti, bukannya RoS. Jadi panjang lagi cerita sebab mereka perlu menunjuk pelbagai jenis sebab baru boleh bubar.
 
"Proses ini boleh ambil masa secepat mungkin, namun kalau RoS mahu meneliti dokumen yang PPBM hantar mahu mengambil masa berbulan-bulan lamanya.
 
"Melainkan RoS ada agenda lain dan menjadikan tuntutan kepada PPBM sebagai alasan saja. Tapi kalau kita hantar dokumen hari ini, esok RoS keluar perintah pembubaran parti. Itu saya fikir bukan caranya pegawai kerajaan buat kerja," ujarnya.
 
Kamaruddin berharap agar isu pendaftaran PPBM tidak dipolitikkan dan mahu RoS melaksanakan kerjanya secara adil dan saksama.
 
RoS kini sedang menyiasat PPBM selepas mendapat lebih 400 aduan daripada ahli akar umbi bahawa mesyuarat agung tahunan (AGM) PPBM yang diadakan 30 Disember tahun lalu, tidak sah.
 
 


Thus Article PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS

Itulah artikel PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/ppbm-sudah-hantar-dokumen-yang-diminta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM sudah hantar dokumen yang diminta RoS"

Catat Ulasan

Loading...