Loading...

"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

Loading...
"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB
link : "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

Baca juga


"Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan laporan audit skandal 1MDB yang sudah dirahsiakan selama dua tahun.

Presiden Pakatan Harapan merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata pembentangan itu boleh membantu Najib untuk membersihkan nama beliau dan pentadbiran kerajaan.

“Saya mohon ketua audit negara mengklasifikasikan laporan audit 1MDB sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 disemak semula.

“Jika benar perdana menteri tidak terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan skandal 1MDB, saya mencabar kerajaan bentangkan laporan audit 1MDB itu sebelum 5 April 2018.

“Benarkan Parlimen membahaskannya sekalipun hingga ke lewat malam hari terahir sidang Parlimen yang berlangsung sekarang.

“Terserahlah kepada rakyat membuat penilaian dan menerima hakikat dan kebenaran,” katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib pada 23 Mac lalu dilaporkan berkata bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurutnya, tidak terdapat dalam laporan 106 muka surat PAC itu yang menyatakan beliau mencuri wang daripada syarikat tersebut.

Mengulas perkara ini, Dr Wan Azizah berkata ia menimbulkan persoalan sama ada laporan itu ada menyebut tentang siasatan yang menuduh jika Najib mencuri daripada 1MDB.

“Mantan ketua audit negara mengklasifikasikan laporan audit 1MDB itu sebagai dokumen rahsia sejak Januari 2016. Ia masih kekal sehingga hari ini.

“Tidak ada keterangan menunjukkan bahawa kerajaan telah menarik balik pengklasifikasiannya sebagai dokumen rahsia rasmi.

“Saya ingin tanya sejak bilakah laporan PAC yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi itu sudah tidak lagi rahsia sehinggakan YAB Pekan (Najib) boleh memetik laporan tersebut?” katanya. #sumber



Thus Article "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB

Itulah artikel "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/rahsia-dua-tahun-wan-azizah-cabar-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Rahsia Dua Tahun", Wan Azizah Cabar Najib Bentangkan Laporan Audit 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...