Loading...
Tajuk : Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14
link : Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14
Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak wajar apabila ada pihak sengaja cuba menyelaraskan kesemua sekolah vernakular menjadi sekolah kebangsaan sahaja.
“Cukuplah gunakan sentimen perkauman, kita ada Melayu, Cina dan India, jadi apa sahaja yang dicakapkan perlulah mewakili seluruh bangsa.
“Orang Cina ada hak untuk meneruskan bahasa ibunda mereka dan tidak perlu bimbang.
“Kerajaan Selangor tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada sekolah Cina di negeri ini dan terbaru menyerahkan sumbangan fasiliti sekolah sebanyak RM6 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam DAP Klang Utara di Restoran Taman Rahsna, hadir sama Naib Pengerusi DAP Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.
Mohamed Azmin menggesa rakyat terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
“Kita berterima kasih kepada DAP kerana bersetuju menggunakan logo KEADILAN pada pilihan raya kali ini, walaupun DAP adalah parti lama namun tetap mendokong usaha bersama demi matlamat ke Putrajaya.
“Sudah cukuplah rakyat derita dan dimomokkan janji kosong, perjuangan kita pada PRU14 akan mengecap kejayaan manis,” katanya. #sumber
Thus Article Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14
Itulah artikel Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/sekolah-aliran-cina-kaum-lain-terus.html
0 Response to "Sekolah 'Aliran' Cina & Kaum Lain Terus Kekal Jika Pakatan Menang PRU14"
Catat Ulasan