Loading...

Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000

Loading...
Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000
link : Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000

Baca juga


Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000


MUADZAM SHAH: Serbuan dilakukan unit penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin berjaya menemui sebanyak 510 balak pelbagai jenis bernilai RM240,000 yang ditebang secara haram  dalam kawasan Hutan Simpan Ibam, kelmarin.

Turut dirampas dalam operasi bermula jam 11.00 pagi diketuai Pegawai PHD Rompin, Nazri Husin bersama 18 kakitangan itu ialah jengkaut yang digunakan sindiket terbabit untuk membuat jalan, memindah dan mengangkat balak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata, pemeriksaan dilakukan dalam kawasan terbabit menemui beberapa longgok balak jenis meranti, kempas dan balau seberat 200 tan yang sedia dipindahkan.

Menurutnya, pihaknya percaya individu berkaitan sudah melarikan diri beberapa jam sebelum anggota unit penguatkuasa tiba di kawasan terbabit.

Menurutnya, siasatan mendapati  sindiket yang melakukan kegiatan haram itu berpengalaman luas melakukan aktiviti menebang dan memindahkan balak di hutan selain mempunyai kelengkapan jentera.

“Ketika proses memindahkan jengkaut dilakukan beberapa individu datang mendakwa jentera terbabit milik mereka dan berharap dapat diserahkan kepada mereka namun selepas perbincangan dilakukan kes terbabit dapat diselesaikan.

“Jentera terbabit berjaya dipindahkan ke pusat penyimpanan barangan kes Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Kemasul, Temerloh,” katanya dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, faktor harga balak yang meningkat di pasaran tempatan kini menjadi antara sebab kegiatan mencuri balak meningkat hingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri selain merosakan alam sekitar.

“Saya sudah mengarahkan kepada unit penguatkuasa Pahang Barat dan Timur serta pejabat hutan daerah supaya meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di kawasan panas.

“Saya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan individu termasuk sindiket yang terbabit dengan kegiatan memindah balak tanpa lesen, pesalah akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984,” katanya.

Sementara itu Mohd Nazri, berkata, pihaknya akan  mempergiatkan usaha mengesan pencerobohan hutan simpan dan kegiatan memindahkan balak secara haram di daerah ini.

“Pelbagai kaedah akan digunakan unit penguatkuasa PHD Rompin bagi membendung apa juga kegiatan yang menyalahi undang-undang mengikut APN terutama membabitkan aktiviti mencuri balak,” katanya yang mengharapkan kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat. #sumber


Thus Article Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000

Itulah artikel Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/pejabat-hutan-daerah-rompin-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pejabat Hutan Daerah Rompin Rampas "Balak Curi" Bernilai RM240,000"

Catat Ulasan

Loading...