Loading...

Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda

Loading...
Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda
link : Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda

Baca juga


Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda


IPOH – Akibat perbuatan merakam gambar bogel lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa di Taman Canning tiga tahun lalu, seorang pengusaha inap desa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Lim Lai Heng, 45, mengaku bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Mahkamah turut memerintahkan ahli perniagaan itu dipenjara 18 bulan jika gagal bayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Lim didakwa mengaibkan kehormatan lapan sekeluarga berusia antara 17 hingga 53 tahun dengan sengaja merakam gambar mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini yang dipasang di bilik air tingkat atas rumah berkenaan.

Berikutan itu, Lim didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili peguam Dexter Mah.

Nurul Azriah ketika ditemui di luar mahkamah berkata ahli perniagaan itu didakwa atas pertuduhan itu pada 1 Okt 2014 di Mahkamah Majistret Ipoh sebelum dilepaskan dan dibebaskan pada 25 Nov 2016.

“Pihak pendakwaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan pada 28 Julai 2017 Mahkamah Tinggi mengarahkan tertuduh dipanggil untuk bela diri, “katanya.

Katanya, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana ia mengaibkan kehormatan mangsa selain memberi kesan kepada industrti inap desa. – BERNAMA


Thus Article Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda

Itulah artikel Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/rakam-gambar-bogel-pemilik-homestay.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakam Gambar Bogel, Pemilik Homestay Didenda"

Catat Ulasan

Loading...