Loading...

MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

Loading...
MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang
link : MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

Baca juga


MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

OLEH SABIRAH AZIZ

 


SHAH ALAM: Penerima bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000 golongan ibu di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM96 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri menyedari penerimaan luar biasa program itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan ibu di negeri ini.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan bilangan penerima KISS dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000.

“Dengan peruntukan awal sebanyak RM72 juta setahun, sejumlah RM4.3 juta telah dibelanjakan peserta KISS secara tanpa tunai (cashless) dilebih dari 300 kedai dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga 21 Mac lalu, sejumlah 27,923 mewakili 93 peratus penerima layak menerima manfaat berkenaan yang diberikan kepada golongan ibu yang layak.

Program KISS memberi pengiktirafan terhadap peranan dan pengorbanan ibu sebagai tonggak pembangunan institusi keluarga dan masyarakat.

Melalui program itu, golongan ibu yang layak bakal menerima insentif berjumlah RM2,400 setahun atau RM200 sebulan untuk membeli keperluan asas bulanan.



Thus Article MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

Itulah artikel MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/mb-jumlah-penerima-kiss-dinaikkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang"

Catat Ulasan

Loading...