Loading...

Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ

Loading...
Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ
link : Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ

Baca juga


Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ

OLEH ERMIZI MUHAMAD




SHAH ALAM: Pembangunan dan fasiliti di Stadium Majlis Perbandaran Ampng Jaya (MPAJ) kini sudah mendapat 95 peratus proses pembinaannya.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, ia akan dibuka kepada orang awam, Julai ini.

“Ini merupakan kebanggaan MPAJ kerana setelah 25 tahun, MPAJ telah mampu mempunyai Stadium sendiri,” katanya.

Stadium bernilai RM19 juta sedia dijadikan gelanggang kejohanan profesional apabila menerima sijil pengiktirafan badan induk bola sepak, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia dilengkapi pelbagai kemudahan seperti penyediaan tempat duduknya yang boleh memuatkan 1,010 penonton tetapi kapasiti penuh boleh mencecah kira-kira 5,000 penonton pada satu masa.

Selain itu mini stadium ini juga dilengkapi permukaan balapan berteknologi terkini dan kemudahan asas lain seperti bilik persalinan, bilik rawatan, persediaan media, ruang VVIP, tandas dan lain-lain.

Ciri istimewa lain yang terdapat di stadium itu termasuklah sistem pencahayaan menggunakan lampu LED dengan bacaan pencahayaan 2,000 lux berbanding syarat minimum bagi perlawanan Liga Malaysia yang memerlukan 1,200 lux.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata MPAJ konsisten melaksanakan pembangunan fasiliti lain seperti Pasar yang mana empat pasar iaitu Pasar Kuala Ampang, Pasar Tasek Tambahan, Pasar Pandan Jaya, dan Pasar Pekan Ampang juga akan menyaksikan pembaharuan setelah siap dinaiktarafkan.

“Selain proses pembangunan lain, MPAJ sedang menyiapkan pembinaan dewan iaitu Dewan Ampang Indah, Dewan Kampung Perwira Jaya dan Dewan Khairat Kematian di Jalan Enggang.

“MPAJ percaya jika pembangunan ini berjalan lancar, operasinya akan terus memberikan manfaat kepada warga komuniti di perbandaran Ampang Jaya,” katanya.



Thus Article Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ

Itulah artikel Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/manfaat-rm19-juta-mini-stadium-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Manfaat RM19 juta, mini stadium untuk warga MPAJ"

Catat Ulasan

Loading...