Loading...
Tajuk : LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
link : LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
Rekod Liverpool dengan pasukan bimbingan Pak Benitez sangat menyedihkan. Belum pernah menang lagi banyak seri dan bungkus. Itulah kehebatan bekas pengurus kita yang masih disayangi oleh seantero peminat Liverpool. Dalam pusingan pertama di St James, sekadar seri 1-1. Malah minggu lepas, pasukan bimbingan Rafa dah kintai Setan Merah 1-0.
Pasukan mereka tak punyai pemain bintang tetapi mereka main secara berpasukan. Apa yang nampak menonjol ialah preancangan pasukan. Kita serba tahu Rafa bukan jenis suka peluk cium pemain. Dia jenis serius dalam dan luar padang. Jadi pemain yang jenis disipilin kuat akan kekal dan boleh bermain dalam pasukan beliau. Salah satu kunci pasukan mereka ialah si Botak Jonjo Shlevey. Kita nak tengok samada Botak dapat main sebab dapat cedera minggu lepas.
Karius
Clyne Lovren Van Dijk Roberton
Ox Emre Milner
Salah Firimno Mane
Klopp cakap dia nak turunkan pasukan terkuat lawan Porto. Kalau ikut ayat skema, maknanya bakal lawan Newcastle pasukan biasa-biasa akan main kan. Bab ni tak pasti samada Klopp main perang saraf nak uji Pak Rafa, ataupun dia memang serius nak buat pennggiliran. Kalau ikut kita yang memang taktau apa-apa pasal dalamanan pasukan, harap Klopp letak kesebelasan terkuat lawan Newcastle dan simpan pemain simpanan lawan Porto. Bukan pandangan rendah kat Porto tetapi 5-0 rasa macam sebelah kaki dah masuk suku akhir kot.
Bukan nak risaukan Newcastle dan semangat juang mereka. Abam harap pemain tak padang rendah lawan itu saja. Macam perlawanan kat St james, dulu. Ikut permainan memang Nescafe dapat gol sebab kealpaan benteng pertahanan itu sahaja. Dan juga bahagian serangan tak berapa tajam menikam tambahan plak Mane tengah dalam krisis keyakinan dan kecemburuan kat Salah. Minggu ni harap konsisten itu sahaja, samada menang 1-0 atau 5-0 tak jadi hal penting 3 mata, nak kekal dalam mengejar Setan Merah kat tangga ke-2.
Thus Article LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
Itulah artikel LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/liga-perdana-liverpool-lawan-newcastle.html
0 Response to "LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE"
Catat Ulasan