Loading...

[MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas

Loading...
[MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas
link : [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas

Baca juga


[MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas


Sekeping gambar seorang lelaki sedang mencari kerja dengan memegang kadbod di tengah panas matahari, menjadi tular di media sosial.
Ramdon Maseh, 45 memegang kadbod yang menyatakan dia sedang mencari pekerjaan sebagai seorang pemandu peribadi.
"Saya berusia 45 tahun, berpendidikan STPM, menepati masa kerja, jujur dan amanah menyimpan rahsia, pakar seni mempertahankan diri dan mengutamakan keselamatan majikan," tulisnya pada kadbod itu.
Seorang pengguna Facebook yang juga seorang wartawan, Syafiqah Damanhuri berkongsi gambar dan cerita mengenai Romdon.
Syafiqah berkata dia menyedari kelibat lelaki berkenaan berdiri di bawah terik matahari berhampiran lampu isyarat di Seksyen 7, Shah Alam.
"Sebagai wartawan, saya tak boleh ignoreperasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta, tanya dia.
"Rupanya dia tengah mencari kerja. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi," tulis Syafiqah di halaman Facebooknya.
Menurut Syafiqah, Romdon mengatakan ramai lagi pekerja di kilang lamanya akan dibuang kerja dan lelaki itu kini mencari kerja baru bagi menyara keluarganya.
"Kawan-kawan mohon sebarkan buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga," katanya.
Malaysiakini tidak dapat menghubungi nombor telefon Romdon seperti yang tertera pada kadbod itu.
Bagaimanapun, seorang pelajar UiTM, Nur Tahirah Rosle yang turut berkongsi kisah lelaki itu berkata, Romdon kini telah mendapat kerja baru.
Status WhatsApp Romdon juga berbunyi: "Di tempat kerja".
"Selepas menghubunginya malam tadi, saya gembira untuk mengatakan Romdon telah menemui pekerjaan yang akan membolehkannya menyara keluarga dan anak-anaknya," kata Nur Tahirah ketika dihubungi Malaysiakini.


Thus Article [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas

Itulah artikel [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/malaysia-masa-kini-pegang-kadbod-cari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[MALAYSIA MASA KINI] Pegang kadbod cari kerja di tengah panas"

Catat Ulasan

Loading...