Loading...

Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria

Loading...
Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria
link : Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria

Baca juga


Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MIRI: Seorang kanak-kanak berusia lebih dua tahun disahkan meninggal dunia kerana dijangkiti difteria di sini, kelmarin.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan itu dijangkiti difteria kerana tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir.
 
"Siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama.
 
"Mangsa mula mengalami gejala demam, batuk, selesema dan kesukaran bernafas selama tujuh hari sebelum meninggal dunia kelmarin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Difteria berpunca daripada bakteria 'Corynebacterium diphtheria' yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink).
 
Bakteria tersebut akan menghasilkan toksin menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas.
 
Toksin dihasilkan bakteria difteria boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).
 
Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 32 kes positif difteria telah dilaporkan di seluruh negara dengan tujuh atau  22 peratus kematian direkodkan.
 
Katanya, majoriti iaitu 75 peratus  kes dan kematian akibat penyakit itu adalah berpunca komuniti yang menolak pelalian bagi mencegah jangkitan itu.
 
Tambahnya, pemberian pelalian difteria yang lengkap ialah pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan mampu mencegah daripada penyakit tersebut.
 
"Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi tetapi pelalian difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan ini.
 
"Sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi. Justeru,  bapa dan masyarakat diminta memastikan anak-anak di bawah usia tujuh tahun diberikan imunisasi yang lengkap," katanya.
 
 


Thus Article Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria

Itulah artikel Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kanak-kanak-di-miri-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-kanak di Miri meninggal dunia dijangkiti difteria"

Catat Ulasan

Loading...