Loading...

Makna Baru "Malaysia Baru"

Loading...
Makna Baru "Malaysia Baru" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Makna Baru "Malaysia Baru", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Makna Baru "Malaysia Baru"
link : Makna Baru "Malaysia Baru"

Baca juga


Makna Baru "Malaysia Baru"

Akhirnya teramatlah malangnya perjuangan untuk rakyat telah bertukar kepada perjuangan puak mengaut laba secepat dan sebanyak mungkin kerana tempoh memerintah makin singkat, paling lamapun hanya sepenggal sahaja. 
Mereka sekarang sedang berlumba-lumba berpakat dengan kontraktor bersalin kulit (dulu cari makan dengan UMNO sekarang sudah jadi PH) untuk mencari jalan mengaut laba.
Mudahnya menteri-menteri ini lupakan rakyat yang sanggup bermati-matian demi Malaysia Baru kononnya.
Rupa-rupanya maksud Malaysia Baru itu ialah Malaysia yang baru dipimpin oleh Menteri-menteri yang BARU mula KAYA kuat kaut laba.
Malaysia Baru itu rupa-rupanya bermaksud Malaysia yang rakyatnya telah DITIPU oleh pemerintah sendiri. 
Malaysia Baru rupa-rupanya bermaksud Malaysia yang rakyatnya makin tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi, harga barang tinggi, tol tidak dimansuhkan, PTPTN tidak dimansuhkan malah makin menekan, kamera AES ditambah, jumlah pendapatan tidak bertambah, peluang pekerjaan kurang, bantuan kepada Petani, pekebun, nelayan dipotong, BR1M dikurangkan dan akan dimansuhkan beransur-ansur.
Malaysia Baru rupa-rupanya bermaksud rakyat diminta menoreh dalam Hujan ketika musim tengkujuh, harga getah jatuh menjunam, harga kelapa sawit jatuh merudum tapi harga minyak masak masih kekal tinggi, nelayan diminta tanam nenas belakang rumah tepi laut.
Malaysia Baru rupa-rupanya bermaksud Malaysia yang mempunyai menteri yang kloroh dengan idea tahap cipan, Menteri Sumber Manusia yang kata Melayu ini pendatang, Menteri Perpaduan yang menghina dan burukkan negara sendiri dengan mengatakan dipaksa masuk Islam jika mahu kerja kerajaan, fitnah beribu kuil dirobohkan, fitnah Diskriminasi Kaum,  Menteri Kewangan yang silap titik perpuluhan, tak pandai kira hutang negara, kelentong kuat, Menteri Pendidikan kasut dan stokin, Menteri Agama yang ntah apa-apa ntah, ilmu agamanya dipertikaikan, sibuk perjuangkan LGBT dan liberal.
Malaysia BARU rupa-rupanya bermaksud Malaysia yang pelaburnya lari. Pelabur asing telah keluarkan RM858.7 juta dari pasaran saham kita. Akibat ini dan penjualan domestik, jumlah nilai saham-saham (ataupun total market capitalisation) untuk semua saham disenarai di Bursa Malaysia sudah rugi RM300 bilion.
Itu rupa-rupanya Malaysia Baru.


Thus Article Makna Baru "Malaysia Baru"

Itulah artikel Makna Baru "Malaysia Baru" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Makna Baru "Malaysia Baru" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/makna-baru-malaysia-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Makna Baru "Malaysia Baru""

Catat Ulasan

Loading...