Loading...

Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian

Loading...
Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian
link : Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian

Baca juga


Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian


KUANTAN: Empat peserta larian Run Out Pahang dilanggar kenderaan dipandu seorang wanita yang hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Kuantan , Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata,  kejadian berlaku kira-kira jam 8.25 pagi di Jalan Kota Sas.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Nissan Almera yang berusia 28 tahun itu yang juga urusetia larian dalam tugas membuat pemantauan peserta larian (urusetia) dari Bukit Istana  menghala ke Kota SAS.

"Apabila tiba di tempat kejadian,  beberapa peserta telah keluar daripada laluan larian.

"Semasa wanita itu cuba membrek untuk memperlahankan kenderaan bagi memberi arahan supaya peserta masuk ke laluan larian yang betul, secara tiba-tiba keretanya  hilang kawalan lalu memasuki laluan larian sebelah kiri dan melanggar peserta yang sedang membuat larian ke lokasi penamat," katanya di sini, sebentar tadi.

Mohd Noor berkata, akibat daripada kejadian ini, tiga peserta dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa  dan seorang peserta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)  untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, keterangan mangsa larian pemandu kereta dan penganjur akan diambil selain saksi bebas akan dikesan bagi membantu siasatan.

"Pemandu kereta turut dibawa ke Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuantan bagi ujian darah dan air kencing  "katanya.

Mangsa yang cedera adalah Ahmad Fakhri Sulaiman, 31 , dari Pekan; Chua Yennie, 21, pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas).

Dua lagi mangsa,  Nurul  Huda  Ahmad Razali,  33 , dari Muadzam Shah dan Haslinda Othman,  41 , dari Selangor. #sumber


Thus Article Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian

Itulah artikel Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/empat-peserta-marathon-cedera-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat Peserta Marathon Cedera Di Langgar Oleh Kereta Urusetia Larian"

Catat Ulasan

Loading...