Loading...

Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati

Loading...
Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati
link : Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati

Baca juga


Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati


KOTA KINABALU: Bekas guru sekolah swasta, Suhailah Abdullah, 44, dituduh mengedar syabu 959.5 gram di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Bagi tuduhan yang dilakukan pada 11.50 pagi pada 27 Mei 2013 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Namun, ketika tuduhan dipinda mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah dihukum di bawah Seksyen 39A (2) (r) akta sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan rotan tidak kurang 10 sebatan, pada 17 Mac 2015 Suhailah mengaku bersalah.

Dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.

Pada 18 Julai 2016, Mahkamah Rayuan mengarah kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi agar tertuduh membela diri daripada pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Pada Sabtu, semalam, Suhaila mendapat keputuan penghakiman terbaru.

Memetik myMetro Online, hakim Nurcahaya Arshad di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Suhailah.

Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Di kandang tertuduh, Suhailah tenang ketika hukuman dibacakan, namun, sebaik sahaja keluar dari pintu mahkamah, dia sebak menangis.

Peguam bela Datuk Seri Rakhbir Singh menenangkannya dan Rakhbir berkata pihaknya mengemukakan rayuan bagi kes tersebut. – Sarawakvoice


Thus Article Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati

Itulah artikel Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/guru-wanita-edar-syabu-dihukum-gantung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati"

Catat Ulasan

Loading...