Loading...

Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi"

Loading...
Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi"
link : Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi"

Baca juga


Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi"


KUANTAN: Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melakukan kempen terbaik di Parlimen Pekan, kubu kuat Perdana Menteri BN Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir secara berseloroh memberitahu pemberita bahawa beliau ke Pekan kerana Najib mengunjungi Langkawi, kawasan yang mendapat perhatian istimewanya semasa menjadi perdana menteri.

Parlimen di Kedah itu satu daripada 3 kerusi yang dikatakan dalam pertimbangan Dr Mahathir pada pilihan raya umum ke-14, selain Kubang Pasu, Kedah dan Putrajaya.

“Sebab mahu bagi tumpuan pada Pekan sebab Najib beri tumpuan di Langkawi. Saya mungkin akan bertanding di Putrajaya, mungkin di Kubang Pasu, atau di Raub (Pahang) mungkin,” katanya pada sidang media di Kuantan, kira-kira 46.0km dari kawasan Najib.

“Jangan takut…saya datang sini hanya untuk berbual dengan orang Pekan,” tambahnya.

Dr Mahathir berkata misi beliau di Pekan ialah untuk memujuk pengundi menolak Najib.

“Saya tahu Najib dari Pekan, orang tempatan, tetapi jika dia lakukan kesalahan dia harus ditolak.”

Sebelum ini media melaporkan UMNO Pekan memberi amaran kepada bekas presiden mereka itu supaya membatalkan lawatannya kerana penduduk tidak berpuas hati dengan beliau kerana “berbohong kepada peneroka” ketika menjadi Perdana Menteri.

Pada 17 Februari lalu, Najib di Langkawi mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk 5 projek baharu di Langkawi bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Projek melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi (RM500 juta), kuarters baru petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baru di Padang Matsirat (RM30 juta), naik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek atasi masalah bekalan air (RM600 juta). #sumber


Thus Article Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi"

Itulah artikel Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/tun-dr-mahathir-saya-ke-pekan-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Dr Mahathir: "Saya Ke Pekan Kerana Najib Ke Pulau Langkawi""

Catat Ulasan

Loading...