Loading...

Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham

Loading...
Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham
link : Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham

Baca juga


Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham


Negara Islam: Penganut DAP Tidak Faham
============= 
1. Sebahagian penganut fahaman DAP meloncat kebingungan apabila orang Islam mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka memerli dan merasakan keterlibatan DAP dalam pimpinan negara menjadikan Malaysia hilang kelayakan sebagai Negara Islam.

2. Fahaman sebegini bercanggah dengan pelbagai takrifan sarjana Muslim. Al-Imam Ibn Hajar pernah menjelaskan, sekiranya sesebuah Negara Islam itu dijajah atau dikuasai oleh orang kafir, ia masih boleh dikategorikan sebagai negara Islam dan kaum Muslim wajib mempertahankannya. Atas sebab itu tanah-tanah Palestin yang dijajah seharusnya diperjuangkan semula oleh kaum Muslimin. Bukan menafikan statusnya sebagai sebuah negara Islam.

3. Bahkan memadai dengan penguasaan kesultanan Islam, pentadbir-pentadbir Muslim dan keamanan kaum Muslim untuk menzahirkannya syiar Islam, sesebuah negara boleh dianggap menepati syarat minimum sebuah negara Islam. Kata Dr. Abu Zahrah:

دار الإسلام هي الدولة التي تحكم بسلطان المسلمين، وتكون المنعة والقوة فيها للمسلمين

“Negara Islam adalah negara yang diperintahan oleh kesultanan (pemerintah) muslimin, dan kekuatan dominasi di dalamnya adalah milik kaum muslimin.”

4. Dr. Abdul Qadir Audah pula menyatakan: 

تشمل دار الإسلام البلاد التي تظهر فيها أحكام الإسلام، أو يستطيع سكانها المسلمون أن يظهروا فيها أحكام الإسلام، فيدخل في دار الإسلام كل بلد سكانه كلهم أو أغلبهم مسلمون، وكل بلد يتسلط عليه المسلمون ويحكمونه، ولو كانت غالبية السكان من غير المسلمين.

“Kesempurnaan sesebuah negara Islam itu adalah apabila mereka melaksanakan hukum-hukum Islam, atau penduduk muslim mampu menzahirkan hukum-hukum Islam, maka sesebuah negara itu boleh dianggap sebagai negara Islam sekiranya penduduknya atau majoriti penduduknya adalah kaum muslim, atau negara yang dikuasa oleh orang-orang Islam sekalipun majoriti penduduknya adalah bukan Islam.”

5. Kemudian, penganut DAP ini juga nampaknya tidak faham, menegur pemerintah dengan berkempen ke arah memperkasa negara Islam tidak menjadikan seseorang itu sebagai Bughah (penentang). Menurut al-Imam al-Kasani, bughah (penentang atau pemberontak) itu ialah:

فَالْبُغَاةُ هُمْ الْخَوَارِجُ، وَهُمْ قَوْمٌ مِنْ رَأْيِهِمْ أَنَّ كُلَّ ذَنْبٍ كُفْرٌ، كَبِيرَةً كَانَتْ أَوْ صَغِيرَةً، يَخْرُجُونَ عَلَى إمَامِ أَهْلِ الْعَدْلِ، وَيَسْتَحِلُّونَ الْقِتَالَ وَالدِّمَاءَ وَالْأَمْوَالَ بِهَذَا التَّأْوِيلِ، وَلَهُمْ مَنَعَةٌ وَقُوَّةٌ)

“Adapun Bughah (pemberontak) itu adalah, mereka yang keluar menentang pemerintah (khawarij), mereka yang melihat dosa itu sebagai kufur (samada dosa kecil atau besar), mereka keluar memberontak kepada pemerintah yang adil, dan mereka mengharuskan pertumpahan darah dan mereka memiliki kekuatan.

6. Berkempen memperkasakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak boleh dianggap sebagai Bughah atau pemberontak. Bahkan ia adalah nasihat rakyat kepada pemerintah supaya menunaikan hak-hak Islam. Bukankah Rasulullah memuji nasihat yang baik kepada pemerintah? Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Sesungguhnya di antara jihad yang paling besar itu adalah perkataan (nasihat) yang adil dihadapan pemerintah yang zalim.”

Moga Allah membimbing kita semua

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 


Thus Article Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham

Itulah artikel Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/malaysia-negara-islam-penganut-dap-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia Negara Islam : penganut DAP tak faham"

Catat Ulasan

Loading...