Loading...
Tajuk : Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis
link : Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis
Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis
THE MALAYSIAN TIMES
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga asing, dipercayai suspek kes samun keluar bank, mati ditembak polis di Jalan Dato Onn Utama, Bandar Dato Onn, dekat sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam kejadian 10.50 malam tadi, sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah mengekori sebuah kenderaan yang mencurigakan.
“Apabila sampai di Bandar Dato Onn, mereka telah mengarahkan suspek untuk berhenti.
“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan melanggar kenderaan polis serta melepaskan beberapa das tembakan dalam usaha untuk melepaskan diri,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian, tengah malam tadi.
Pihak polis kemudiannya melepaskan tembakan sebelum suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hasil pemeriksaan di lokasi, turut menjumpai sepucuk revolver .38 dalam kereta suspek.
“Suspek dipercayai terlibat dalam kes samun keluar bank dengan bersenjata dan kami akan terus siasat sama ada suspek turut terlibat dalam kes-kes lain serta rakan-rakan suspek yang sama terlibat dalam kes samun keluar bank,” kata Mohd Kamarudin.
Suspek berusia 40-an itu dipercayai terlibat dalam kumpulan samun keluar bank yang turut disertai warga tempatan dan turut terlibat dengan lebih empat kes seumpama itu di Johor, Melaka dan beberapa negeri lain, sejak tahun lepas.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.– Bernama
Thus Article Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis
Itulah artikel Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/suspek-kes-samun-keluar-bank-mati.html
0 Response to "Suspek kes samun keluar bank mati ditembak polis"
Catat Ulasan