Loading...

Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'

Loading...
Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'
link : Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'

Baca juga


Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'


Ketika Hari Raya semakin menghampiri, adakah anda pernah terfikir bagaimana pekerja asing di negara kita meraikan lebaran tanpa orang tersayang?

Semakin dekat dengan perayaan Aidilfiti, video klip dan iklan sempena hari raya membanjiri media sosial dan kebanyakan jalan cerita mengingatkan kita bahawa pentingnya keluarga dan perpaduan, tetapi sebaliknya pemaju hartanah Mah Sing Group pula mencuit hati netizen dangan plot cerita yang cukup bermakna.

Anda mungkin terfikir sudah menonton banyak iklan yang menyentuh hati, tetapi percaya pada kami, video klip kali ini sangat bernilai untuk ditonton kerana ia memaparkan jalan cerita yang cukup berbeza daripada kebanyakan drama, memberi penghargaan kepada wira-wira yang tidak didendang, iaitu pekerja-pekerja asing.

Bagaimana mereka membina bangunan, Mah Sing Group secara teliti merancang dan menghasilkan video berdurasi lebih dua minit di lokasi projek bandar Southville mereka yang terletak di KL South dengan menampilkan pekerja-pekerja mereka sendiri – yang mana kebanyakan adalah terdiri daripada pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia.

Klip video yang dimuat naik semalam di laman Facebook menyatakan terdapat lebih daripada dua juta pekerja asing di Malaysia, majoritinya beragama Islam, yang terus bekerja sepanjang bulan Ramadan.

“Mereka merantau jauh dari negara mereka, supaya mereka dapat membantu kita membina bangunan. Kami mahu berkongsi kisah mereka di sini yang sering kali tidak diketahui.”

Video bertajuk ‘Our Unsung Heroes’ memaparkan pekerja-pekerja asing dan seawal pagi, mereka menjalankan tugas dalam sektor 3D (sukar, bahaya, kotor) sepanjang hari, dengan menunjukkan sikap dedikasi tanpa menghiraukan cuaca panas mahupun di koridor berdebu – seluruh jiwa dan raga bekerja keras.

Ketika temu bual, beberapa pekerja asing menceritakan bagaimana mereka sangat merindui keluarga, berdepan dengan berita kematian saat berjauhan, tidak mengenali anak sendiri selepas sekian lama tidak berjumpa; yang mana kebanyakan daripada mereka sangat merindui kampung halaman, tetapi terpaksa terus bekerja demi masa depan yang lebih baik.

Jauh di senyuman, sudah jelas menunjukkan bahawa mereka begitu sebak menahan tanggisan, namun ada dalam kalangan pekerja asing itu yang tidak dapat mengawal emosinya, lalu menggalirkan air mata.

Sebuah kedukaan yang menyentap hati dan perasaan kita, kerana kisah-kisah mereka telah membuatkan orang seperti kita sedar bahawa, ini adalah orang sebenar, yang hidup bersama-sama kita, tetapi tidak dihargai secara saksama.

Jadi, kenapa kita masih gagal untuk melihat mereka sebagai manusia, dan bukannya sebagai buruh kasar? Mereka juga mempunyai cerita sendiri, maka kita perlu menunjukkan kasih sayang sempena perayaan ini, bahkan pada hari-hari mendatang.

Seorang netizen bernama Admen Hassan menulis komennya dengan berkata, “Saya fikir ini adalah video yang cukup hebat! Tidak kira jika anda mahu mengatakan ini hanyalah usaha sementara atau taktik pemasaran, (tetapi) ia adalah permulaan yang bagus.

"Sekurang-kurangnya, daripada banyak-banyak syarikat dan rakyat di Malaysia, warga Bangladesh dan Indonesia telah dihargai (Mah Sing Group) sebagai manusia, bukannya hamba.”

Tahniah kepada Mah Sing Group di atas penghasilan video ini dan menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa kepada lebih 600 pekerja, yang mana telah membuatkan mereka berasa dialu-alukan walaupun berjauhan daripada keluarga.

Ini jelas boleh dilihat melalui senyuman di wajah mereka, di mana kebaikan yang kecil mampu mengubat hati mereka yang sedih, sekaligus mengingatkan kita supaya sentiasa melayan insan lain dengan kebaikan dan rasa hormat.-Malaysian Digest



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sW8X4g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'

Itulah artikel Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/video-raya-bila-pulang-saya-sudah-lupa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video Raya: 'Bila Pulang, Saya Sudah Lupa Wajah Anak Perempuan'"

Catat Ulasan

Loading...