Loading...

Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?

Loading...
Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?
link : Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?

Baca juga


Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?

DETIK DAILY


 
Oleh Dinsman

Seorang sahabat yang membaca tulisan saya minggu lalu mengatakan bahawa kita mempunyai hanya dua pilihan, samada Najib atau Mahathir. Tekad Budaya tiada dalam pilihan. Namun, samada Mahathir atau Najib yang menang nanti, Tekad Budaya masih perlu meneruskan kempennya hingga ia difahami oleh para seniman-budayawan-intelektual kita.

Lalu dia bertanya siapakah pilihan kita antara dua itu. Saya kata Mahathir lebih baik sedikit, dan Malaysia tak akan menjadi lebih teruk daripada keadaan yang sedia ada. Saya juga percaya ekonomi dan kehidupan rakyat akan menjadi bertambah baik. Tetapi hanya untuk sementara waktu. Rakyat yang sekarang “tak berupaya” mestilah “diupayakan”.

Kita harus sedar bahawa kita berada pada tahap yang begini teruk sekarang adalah disebabkan oleh sikap dan mentaliti rakyat yang telah diasuh dan dibentuk sedemikian rupa oleh pentadbiran dan kepemimpinan Dr Mahathir selama lebih 20 tahun sejak 1981. Itu memang kesalahan/ kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir, yang tak akan dilupakan, walaupun dia kini sudah berubah, atau ‘bertaubat’(?).

Fokus Tekad Budaya lebih kepada rakyat, kepada umat, bukan kepada teraju kepemimpinan. Fokus Tekad Budaya lebih kepada nilai-nilai kehidupan rakyat, bukan kepada kuasa yang dikawal oleh sekelompok orang-orang politik.

Memang situasi sekarang dan keadaan yang ada sekarang memberi kelebihan kepada politik untuk membuat perubahan segera. Tetapi seperti yang selalu saya ungkapkan, politik bukanlah jawapan kepada segala permasalahan masyarakat. Politik selalunya boleh memberi jawapan untuk jangka pendek, tetapi untuk jangka panjang politik selalunya membawa masalah.

Untuk permasalahan besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia hari ini, yang memerlukan penyelesaian segera, nampaknya pilihan yang ada hanyalah Dr Mahathir, tokoh kontroversil yang berusia 93 tahun itu. Dan pilihan ini serentak menyatakan betapa tidak berdaya dan tidak berupayanya masyarakat Malaysia hari ini. Terpaksa menjilat semula ludah sendiri.

Pilihan ini juga bermakna bahawa tokoh tegar pimpinan Reformasi yang kita julang selama ini, yang tahun demi tahun membuktikan semangat wajanya tak pernah luntur walau difitnah diaibkan dikejami dibelasah dianiaya dan dipenjarakan selama hampir 20 tahun itu, kini sudah ‘surrender’, tak berupaya lagi.

Memang Anwar Ibrahim tak pernah berkata atau membuat pengakuan begitu. Tetapi persetujuan partinya Keadilan (PKR) menerima Dr Mahathir (sang algojo yang ‘memancong leher’nya dulu) sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihanraya akan datang, itulah makna dan implikasinya, pada saya.

Mungkin pada orang lain tidak demikian makna dan implikasinya. Tetapi pada saya, begitulah. Anwar dan seluruh kepemimpinan politik pakatan pembangkang mengaku akan ketidakupayaan mereka untuk menjatuhkan Najib dan menyelesaikan masalah besar yang sedang menghimpit dan menekan hidup rakyat Malaysia hari ini. Kita perlu mengangkat semula orang yang sebelum ini kita berjuang habis-habisan bagi menjatuhkannya.

Dari segi Tekad Budaya kita tidak ada masalah sebenarnya, kerana kita percaya Mahathir lebih baik daripada Najib, dan pengalaman saya secara peribadi membuktikan bahawa Mahathir jauh lebih mesra seni-budaya dibandingkan dengan Najib.

Ada banyak peristiwa seni-budaya yang melibatkan saya bersama Mahathir. Dia hadir teater saya dan saya pernah dijemputnya bersama Usman Awang duduk semeja dengan dia dan keluarganya menonton teater West End di hotel Regent, Kuala Lumpur. Dan saya mendapatkan persetujuannya menjadi penaung siri program ‘Puisi Tanahair’ ketika duduk bersama dengannya dalam jet peribadinya dalam penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Saya dan kawan-kawan Teater Elit pernah berbincang permasalahan teater bersama dengannya di kediaman rasminya, dan di pejabatnya, sejak dia Timbalan Perdana Menteri lagi. Selepas PRU pertama dia sebagai Perdana Menteri, dia menyediakan makan malam di Rumah Malaysia di Jalan Ampang, istimewa untuk saya dan Sutung Umar Rs menjemput siapa saja yang kami nak jemput, untuk makan malam bersama Perdana Menteri, sebagai menghargai Teater Elit menganjurkan ‘Malam Puisi Panjang Untuk Mahathir’, April 1982.

Rasanya kalau Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri selepas PRU 14 nanti, peluang untuk saya bersama Paksi (Seniman Paksi Rakyat) mengemukakan program-program seni-budaya untuk dilaksanakan di bawah kerajaan Persekutuan yang baru, tentulah potensinya lebih baik. Dan ini berkemungkinan memberi momentum baru yang lebih bertenaga kepada Tekad Budaya, untuk melonjak lebih maju.

Itu sekadar berfikir positif terhadap kemungkinan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir memenangi PRU 14. Senarionya tidak demikian sekiranya Tok Guru Nik Aziz masih ada. Saya pasti tidak perlu berfikir lama untuk mengangkat TG Nik Aziz sebagai bakal Perdana Menteri, dan bukannya Dr Mahathir.

Tetapi realitinya TG Nik Aziz sudah tiada, dan kita tak ada pilihan yang lebih baik daripada Dr Mahathir, buat sementara waktu ini. Maka kita pun maklum, sekiranya itu terjadi, Mahathir dan Pakatan Harapan sudahpun mempunyai senarai prioriti yang cukup panjang untuk mereka laksanakan bagi ‘menyelamatkan’ negara ini; dan seni-budaya tidak ada dalam senarai tersebut.

Namun saya percaya Mahathir ada sedikit keistimewaan dalam hal ini. Saya percaya dia masih boleh memberi sedikit ruang untuk seni-budaya di dalam senarai prioritinya itu. Lagipun apa salahnya memberi sedikit harapan kepada orang yang terbukti pernah memberi layanan istimewa kepada seni-budaya, dan saya sendiri pun mempunyai pengalaman yang positif dengannya.

Sebaliknya saya juga mempunyai banyak pengalaman yang negatif dalam berurusan seni-budaya dengan pimpinan atasan Keadilan, dan juga dengan teraju pimpinan negeri Selangor masakini.

Dan seperti saya sebut di atas tadi: Fokus Tekad Budaya lebih kepada rakyat, kepada umat, bukan kepada teraju kepemimpinan. Fokus Tekad Budaya lebih kepada nilai-nilai kehidupan rakyat, bukan kepada kuasa yang dikawal oleh sekelompok orang-orang politik. Dan saya bersama Paksi tidak akan mengubah atau berubah fokus itu, walau siapapun pemimpin politik yang menerajui negara ini.

Dan menyedari bahawa rakyat Malaysia sekarang dalam keadaan “tak berupaya”, seperti dijelaskan di atas, Paksi melalui Tekad Budaya akan terus berusaha bagi “mengupayakan” rakyat; dengan terus menggerakkan para seniman, budayawan dan intelektual memainkan peranan masing-masing. Insya Allah!



Thus Article Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?

Itulah artikel Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/mengupaya-rakyat-bersama-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Meng'upaya' Rakyat Bersama Mahathir?"

Catat Ulasan

Loading...