Loading...
Tajuk : 10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD
link : 10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD
10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD
Pertama: Menyatukan Umat Melayu Islam Merentas Parti
Himpunan telah berjaya menyatukan seluruh umat Islam tanpa mengira parti politik, kumpulan NGO atau orang perseorangan. Perseteruan PAS-UMNO secara rasmi ditamatkan dan perlu berunding serta bekerjasama demi masa depan generasi akan datang.
Usaha ini amat dibenci oleh musuh terutamanya parti rasis dan cauvinis kerana dengan perpecahan, umat Melayu menjadi lemah dan mudah bagi mereka berkuasa dan menjayakan agenda kotor yang bertentangan dengan Perlembagaan.
Kedua: Menyedarkan Rakyat bahawa Islam dan Melayu Perlu Dipertahankan
Himpunan aman ini telah menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja umat Islam tetapi semua orang tanpa mengira agama atau kaum bahawa kedaulatan Islam dan Melayu perlu terus dipertahankan daripada diganggu-gugat oleh pihak musuh yang didukungi parti rasis dan cauvinis DAP jika mahu negera terus aman.
ICERD adalah pintu belakang yang boleh mengubah isi Perlembagaan antaranya Perkara 153 yang memberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu dan peribumi. Inti perjuangan DAP, sejak dahulu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum dan menghapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera.
Ketiga: Beri Isyarat Kepada PH Jangan Sentuh Islam dan Melayu
Himpunan ini telah berjaya memberi isyarat kepada pihak kerajaan PH agar jangan sesekali menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu. Orang Melayu sudah banyak bersabar dengan pelbagai karenah golongan liberal yang anti-Islam dan anti-Melayu.
Cukup-cukuplah menyentuh isu-isu panas seperti ICERD, Oktoberfest, hukuman sebat ke atas lesbian, LGBT dan lain-lain.
Usah diusik sarang tebuan, kelak merana, sesal tidak berguna.
Keempat: Umat Islam Paling Berdisplin Dalam Berhimpun
Akta Perhimpunan Aman 2012 memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun bagi sesuatu tujuan dengan syarat mematuhi peraturan. Himpunan ini telah berjaya menjadi penanda aras sebagai satu perhimpunan yang paling aman, paling berhemah, pengurusan paling cekap dan berkesan, paling bersih, peserta paling bertamadun, paling beretika, himpunan paling hebat, himpunan Umat Islam paling besar dan paling menakutkan kepada orang kafir.
Kelima: Tolak ICERD, Tolak Pejuang ICERD Anti-Islam Anti-Melayu
Himpunan ini bukan semata-mata meraikan kejayaan menolak ICERD, ia juga memberi mesej jelas kepada golongan pejuang ICERD yang anti-Melayu dan anti-Islam di negara ini bahawa kekuatan mereka hanya setitis air di lautan berbanding kekuatan umat Islam Melayu.
Kewujudan pejuangan ICERD yang anti-Islam dan anti-Melayu akan ditentang habis-habisan kerana agenda perjuangan mereka tidak akan selesai selagi Islam dan Melayu terus tertegak di negara ini.
Umat Melayu Islam tidak akan membiarkan DAP selaku pihak yang mencetuskan isu ini dan akan mengajar mereka habis-habisan jika terus menyebarkan dakyah rasis dan cauvinis.
Keenam: Tiada Diskriminasi, Waytha Berbohong
Himpunan ini juga memberi mesej kepada dunia bahawa tidak wujud diskriminasi ke atas kaum lain di negara ini. Benar orang Melayu adalah majoriti, tetapi kaum minoriti masih boleh hidup aman dan menikmati kekayaan.
Sejak tahun kemerdekaan 1957 hingga hari ini, kata-kata Presiden MIC, Tun VT Sambanthan masih terpakai bagi membuktikan keamanan yang ada di tanah bertuah ini.
Katanya, “Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain Bangsa Melayu? Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah ada dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta.”
Himpunan ini dengan tegas mengesahkan bahawa kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorty dalam video wawancara bersama sebuah stesen televisyen Belanda satu ketika dahulu adalah bohong dan palsu.
Ketujuh: Mengejutkan Melayu yang Masih Dibuai Mimpi
Himpunan yang dihadiri ratusan ribu manusia telah berjaya mengejutkan dan menyedarkan anak bangsa yang masih lena dibuai mimpi. Semua perlu bangun dan sedar bahawa kedudukan Islam dan Melayu kini ibarat telur di hujung tanduk yang bila-bila masa boleh dihapuskan.
Ancaman yang ditakuti sebelum PRU14 kini bukan lagi cerita kosong bahkan ia sudah jelas berlaku di depan mata. Kita tidak boleh membiarkan nasib anak cucu kita akan datang dirobek oleh golongan musuh sehingga kita menyesal di kemudian hari.
Umat Islam perlu bangkit dan pikul amanah ini kerana jika kita tidak bertindak, tak dapat dibayangkan apa lagi bala yang akan menimpa sejak PH memerintah.
Kelapan: Amaran Keras Buat Pengkhianat Agama dan Bangsa
Himpunan juga berjaya memberi amaran keras kepada mereka yang bersekongkol dengan parti rasis DAP kerana dengan kelembutan merekalah, akhirnya DAP kian rakus memijak kepada orang Melayu.
Golongan pengkhianat tidak sedar mereka sedang mengkhianati amanah yang diberikan maka himpunan ini berjaya mengetuk pintu hati mereka agar sedar dan tidak menyerahkan tengkuk mereka demi agenda musuh.
Baru beberapa bulan memerintah, sudah terlalu banyak isu dibangkitkan dan semua ini tidak berlaku sekiranya orang Melayu dalam PH bertegas dalam isu-isu melibatkan Islam dan Melayu.
Malangnya, merekalah pengkhianat yang menyerahkan pentadbiran negara kepada pihak musuh.
Kesembilan: Dominasi Bukan Islam Dalam Politik Negara Perlu Segera Ditamatkan
Himpunan berjaya memberi mesej kepada kerajaan PH bahawa jika mereka tidak menjaga sensitivi Islam dan Melayu, PH bakal ditolak oleh rakyat. Selagi PH yang dianggotai parti rasis DAP dan parti pengkhianat tidak mengendahkan Islam dan Melayu, selagi itulah umat Islam tidak akan berdiam diri.
Kesepuluh: Himpunan 812 Suara Umat Majoriti
Himpunan ini merupakan suara mewakili majoriti umat Islam dan Melayu yang perlu didengari. Suara majoriti wajib diambil peduli dan tuntutannya perlu segera dilaksanakan.
Majoriti mahu PAS-UMNO bersatu demi Islam dan Melayu. Majoriti mahu DAP hormat Islam dan Melayu, bukan saja di mulut, bahkan melalui perbuatan dan tingkah laku. Jika tidak, nantikan saja kejutan demi kejutan orang Melayu yang akan menolak DAP di peti undi.
Thus Article 10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD
Itulah artikel 10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/10-kejayaan-himpunanrakyatbantahicerd.html
0 Response to "10 Kejayaan #HimpunanRakyatBantahICERD"
Catat Ulasan