Loading...

Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia

Loading...
Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia
link : Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia

Baca juga


Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia


Najib-Felda


KEADILAN DAILY


Skandal Felda dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyumbang kepada kedudukan corot Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017.

Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, selain dua isu itu, kes SRC International Sdn Bhd, derma RM2.6 bilion, serta keputusan mahkamah terhadap Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli turut menyumbang kepada kemerosotan itu.

“Inilah contoh hilangnya kepercayaan awam, pelabur dan komuniti peniaga terhadap sistem di negara ini.

“Selain itu keadaan korupsi dan politik juga memberi kesan kepada kedudukan negara dalam CPI,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

TI-M dalam pembentangan indeks tersebut mengumumkan yang Malaysia berkongsi kedudukan ke-62 dengan Cuba apabila memperolehi 47 mata.

Mata sifar bermaksud negara tersebut paling rasuah dan 100 pula merujuk kepada negara yang sangat bersih.

Sebelum ini pada 2016, Malaysia lalu berada pada kedudukan ke-55 dengan 49 mata.

Menurutnya, pencapaian Malaysia bertambah baik bermula pada 2012 hingga 2014, tetapi mula jatuh pada 2015.

Tambahnya, Malaysia semakin corot selepas isu 1MDB terbongkar dan tidak diselesaikan.

“Kita perlu mencari punca utamanya. Apakah ia disebabkan didikan, sistem persekolahan, ekonomi atau kepimpinan negara? Kita tidak tahu,” katanya.

Laporan sama mendapati bahwa Singapura dan Brunei memperolehi kedudukan paling baik di negara Asean, masing-masing pada tangga keenam (84 mata) dan ke-32 (62 mata).

Malaysia berada di hadapan Indonesia dan Thailand, yang berkongsi kedudukan ke-96 dengan 37 mata.

Kemboja pula menduduki tempat tercorot pada kedudukan ke-161 dengan 21 mata.



Thus Article Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia

Itulah artikel Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/felda-1mdb-corotkan-indeks-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Felda, 1MDB corotkan indeks rasuah antarabangsa Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...