Loading...

“Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir

Loading...
“Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir
link : “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir

Baca juga


“Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir

Bagi anak-anak muda yang baru dapat kerja, ini akan jadi bulan yang akan test kebolehan korang mengurus kewangan dengan baik.

Mana tak. Dari kereta hingga ke baju raya, serba-serbi kena baru. Barang-barang pulak, kena beli yang branded.

Kulit gatal kalau pakai brand yang tak terkenal.

Selagi korang teruskan perangai ni, korang akan ada masalah untuk beli rumah nanti.

Kalau korang ada buat kesilapan ini, memang lambat lagi la korang nak beli rumah pertama.

Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir ini.

Apa yang melambatkan anak muda beli rumah pertama?

Anak muda yang susah untuk menyimpan akan membuatkan mereka lambat untuk membeli rumah pertama.

Berikut merupakan 7 perkara yang biasa akan melambatkan anak muda beli rumah selain bergaji rendah :

#1 : “Apa kelas pakai kereta jenama Malaysia?”

Beli kereta tak salah.

Tapi, yang salahnya bila ansuran kereta tu lebih daripada separuh gaji. Sedar-sedarlah diri tu ye. Ukur baju di badan sendiri.

Memanglah kau teringin nak pakai Honda atau Toyota. Tapi sebelum apa-apa hal, tengok balik diri dan tenung slip gaji tu, dan jawab soalan ini :

“Mampu ke tak untuk aku tanggung?”

Kalau tak, simpan dulu niat tu. Tangguhkan buat sementara waktu.

Bagi lelaki, pakai jer dulu motor. Lagi jimat. Nak pergi tempat kerja pun tak jem. Kalau hujan, redah jer la. Macam la tak biasa kannn.

Kalau gegadis pulak, naik kereta lebih selamat. Tapi, pastikan kereta yang dibeli tu ikut kepada kadar kemampuan diri ye.

Takut nanti nak beli tudung mahal, nak beli alat make up pun tak mampu, sebab duit habis kat ansuran kereta je. Haha.

#2 : Berpegang kepada prinsip hidup yang salah

“Biar papa, asal bergaya”.

Korang ikutlah pepatah nie. Memang nampak bergaya, tapi habuk pun takde. Nak bergaya, boleh. Tapi sentiasa ikut kemampuan diri. Tak payah nak ikut orang lain.

Ini tak. Kawan beli baju Adidas, kau pun nak jugak baju Adidas. Tapi kau tak fikir, gaji dia RM6,000 sebulan. Gaji korang cuma RM2,000 je (contoh).

Tak berdosa pun kalau pakai baju murah, kasut murah, atau jam murah. Barang yang murah, tak semestinya tak berkualiti.

Biar la orang nak cakap apa pun. Buat derk dah la. Bukan korang guna duit orang lain pun.

#3 : Muda lagi, hutang dah bertimbun

Muda-muda lagi dah banyak hutang. Hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang kereta, hutang Courts,  dan bermacam lagi jenis hutang la yang korang kena bayar setiap bulan.

Sampai nak menyimpan pun susah. Kalau tol pun boleh berhutang memang kau nak bayar hutang jugak.

Kalau korang jadi cat lovers, dah la. Jangan pulak jadi debt lovers. Haha.

#4 : Utamakan hiburan berbanding perkara yang lebih penting

Berhibur ni takde salahnya. Self reward katakan. Tapi, jangan la over sangat. Pandai-pandai la kau orang bajet.

Jangan pulak bila berhibur habis beratus-ratus, tapi nak simpan RM50 pun payah.

Masa mula-mula bekerja, tahan diri dulu. Gaji korang tu bukan banyak sangat. Ciput je.

Kalau rasa stress dengan kerja, pergi je joging, berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam ke, berhibur jugak kan?

Duit tak habis, hati pun tenang dan damai.

#5 : Sibuk sangat nak terokai dunia

Masa muda-muda ni la nak travel. Nak meneroka dunia la katakan. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.

Cuma, banyak cara lagi kau boleh dapat pengalaman selain meneroka dunia ni.

Sekali-sekala nak pergi meneroka dunia tu, tak salah. Tapi, nka jadi apa kalau sampai tiap-tiap bulan? Korang fikirlah sendiri.

Nak dapat pengalaman berharga konon. Pergi situ sini, orang tanya apa itu CCRIS pun tak tahu.

Ingatkan bila dah banyak travel ni, matang sikit. Tapi pakwe bluetick mesej WhatsApp pun boleh sentap berhari-hari.

Yang lagi parahnya, pinjam duit kawan nak teroka dunia. Tapi bila dah dapat pengalaman, buat-buat hilang ingatan. Tak ingat nak bayar balik hutang kawan tu.

#6 : Bab gajet, wajib up-to-date

Ada juga golongan yang jenis suka bertukar gajet ni. Nak mengikut arus pemodenan semasa katanya.

Segala gajet terkini dia ada. Takut ketinggalan zaman. Padahal, bila nak call orang pun pinjam telefon kawan. Tak cukup kredit. Tapi bila keluar iPhone model terbaru, dia tukar lagi.

Selagi kau boleh call, Whatsapp, ‘bermuka buku’ tu, guna je smartphone yang ada. Tak payah nak ikut sangat arus semasa.

#7 : Senang kalah dengan tawaran harga murah

Banyak tawaran harga murah buat kau tak senang duduk. Angka 70%, 80% menghantui tidur malam kau.

Bila nampak mana-mana sales, terus kau gunakan duit simpanan beli. Kononnya, korang perlu sangat benda tu.

Akhirnya, sepuluh jenis pasang kasut, 15 tudung, 20 baju selamat kau beli. Buat stok. Tudung punya la banyak. Alih-alih, korang pakai apa yang korang suka je.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan anak muda yang menyumbang ke arah melambatkan mereka beli rumah di usia muda.

Janganlah malu jika korang bergaji kecil. Tapi malu la kalau korang berpura-pura kaya. Kah!

P/S : Sebarkan jika manfaat. Terima kasih.

Mohon sedar diri. Umur makin tinggi, tapi masih tak berumah lagi. Tapi kereta dah tukar berkali-kali.

Apa la yang nak jadi dengan orang macam ni?

Lepas habis baca ni, Tok yakin korang tak senang-senang nak keluarkan duit untuk beli benda yang lagha lagi.

Cara beli rumah second hand untuk yang tak banyak modal – Ada ke?

Kalau ada, korang berminat nak belajar ke?

Ada caranya. Kalau tak, macam mana 16 pelabur hartanah otai ni buat banyak kali dan masih menjadi? Janji, korang kena buat kerja.

Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

The post “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbGBzC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir

Itulah artikel “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/anak-muda-ini-7-perkara-yang-lambatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Anak muda, ini 7 perkara yang lambatkan anda beli rumah pertama” – Amir"

Catat Ulasan

Loading...