Loading...

Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini

Loading...
Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini
link : Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini

Baca juga


Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Malaysia akan menentang juara bertahan Piala Thomas, China manakala Indonesia akan berjumpa Korea Selatan pada saingan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar hari ini.
 
Dalam saingan suku akhir semalam, China menerima kejutan awal apabila pemain nombor lima dunia, K. Srikanth menyumbang mata pertama kepada India dengan mengalahkan Shi Yuqi, pemain nombor tujuh dunia, 14-21, 21-16, 21-7.
 
India, bagaimanapun, gagal mengekalkan rentak apabila beregu utamanya, R. Satwiksairaj/S/ Chirag, beregu nombor ke-25 dunia, tewas kepada beregu nombor 41 dunia, He Jiting/Tan Qiang 17-21, 18-21.
 
China kemudian mendahului saingan apabila pemain perseorangan, Qiao Bin, pemain nombor 26 dunia, mengejutkan pemain nombor 17 dunia, SB Praneeth 9-21, 21-11, 21-17.
 
Beregu ke-51 dunia, Hang Chengkai/Zhou Haodong menyumbang mata kemenangan China apabila menyingkirkan beregu ke-30 dunia, A.Manu/RB Sumeeth 14-21, 21-19, 21-14.
 
Sebelum itu, Malaysia dengan mudah mengalahkan Hong Kong 3-0.
 
Sementara itu, Indonesia mengalahkan Jepun 3-0
 
Pemain perseorangan nombor 13 dunia, Jonatan Christie menyumbang mata pertama Indonesia dengan mengalahkan pemain utama Jepun, Kenta Nishimoto 21-11, 20-22, 21-13.
 
Beregu gandingan baharu, Mohamad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo mengukuhkan kedudukan apabila mengejutkan beregu nombor lima dunia, Takashie Kamura/Keigo Sonoda 21-17, 21-15 sebelum pemain perseorangan, Anthony Ginting mengesahkan laluan Indonesia ke separuh akhir.
 
Ginting, selaku pemain nombor enam dunia, terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Kazumasa Sakai 21-23, 21-14, 21-17.
 
Sebelum itu, Korea Selatan menempah slot separuh akhir dengan menyingkirkan Thailand 3-1.
 
Sementara itu,  Malaysia menempah slot ke separuh akhir selepas menundukkan Hong Kong.
 
Pada aksi suku akhir semalam, pemain nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkah kanan apabila menewaskan Angus Ng Ka Long 21-15, 22-20.
 
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak cemerlang apabila menumpaskan Or Chin Chung-Tang Chun Man 21-11, 21-16.
 
Pemain kelahiran Alor Setar, Lee Zii Jia meneruskan cabaran dengan menjinakkan Vincent Wong Wing Ki 21-16, 21-15 untuk memenangi perlawanan dengan kedudukan 3-0.
 
Kemenangan ini bermakna Malaysia mengesahkan slot ke pusingan Akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada bulan Mei.
 
 


Thus Article Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini

Itulah artikel Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/badminton-malaysia-layak-ke-separuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Badminton: Malaysia layak ke separuh akhir bertemu China hari ini"

Catat Ulasan

Loading...