Loading...
Tajuk : 50 ahli PPBM Larut keluar parti
link : 50 ahli PPBM Larut keluar parti
50 ahli PPBM Larut keluar parti
ANTARAPOSLARUT: Hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendorong 50 ahli PPBM Bahagian Larut meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno hari ini.
Kesemua ahli PPBM itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi menyakini perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.
Katanya, ini kerana parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu di dalam parti.
“Kami juga tidak lagi mempercayai kepimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mana pelantikannya dibuat kerana pengaruh DAP.
“Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP dimana jika pakatan memerintah negeri ini maka boneka Menteri Besar adalah daripada parti DAP,” katanya dalam sidang akhbar khas di Selama di sini hari ini.
Thus Article 50 ahli PPBM Larut keluar parti
Itulah artikel 50 ahli PPBM Larut keluar parti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 50 ahli PPBM Larut keluar parti dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/50-ahli-ppbm-larut-keluar-parti.html
0 Response to "50 ahli PPBM Larut keluar parti"
Catat Ulasan