Loading...

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

Loading...
Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan
link : Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

Baca juga


Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang hari ini dilanjutkan sehingga 2 Februari.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.
 
“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata, perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
 
Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.
 
Ramli berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
 
Katanya, perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
 
“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.
 
 


Thus Article Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

Itulah artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/perintah-berkurung-di-esszone.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan"

Catat Ulasan

Loading...