Loading...

Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua

Loading...
Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua
link : Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua

Baca juga


Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua


KEBIASAANNYA anak-anak akan menjaga ibu bapa mereka apabila mereka sudah menginjak ke usia warga emas. Tetapi, berlainan pula bagi keluarga Keating ini.

Walaupun usianya sudah mencecah hampir satu abad, itu tidak membataskan Ada Keating untuk terus menjaga anak sulungnya, Tom Keating.

Menurut Daily Mail, Ada telah berpindah ke Pusat Jagaan Orang Tua Moss View yang terletak di Huyton, Liverpool, England kerana ingin menjaga Tom.

Menurut laporan, Tom yang berusia 80 tahun dimasukkan ke sana kerana perlu mendapatkan penjagaan tambahan pada tahun lalu.

Namun, setahun kemudian, ibunya yang berumur 98 tahun pula membuat keputusan untuk terus tinggal bersama-sama anaknya di pusat penjagaan tersebut demi menjaga Tom.


Anak-beranak yang berasal dari Wavertree, Liverpool itu seperti tidak boleh dipisahkan kerana hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.

Mereka akan menghabiskan masa bersama-sama bermain permainan atau menonton drama bersiri kegemaran mereka yang bertajuk Emmerdale.

Tom juga memang tinggal dengan ibunya, Ada sepanjang 80 tahun hidupnya. Ini kerana, dia langsung tidak pernah berkahwin.

“Saya ucapkan selamat malam di biliknya setiap malam dan saya akan pergi ke biliknya untuk ucapkan selamat pagi keesokan harinya,” kata Ada dipetik Daily Mail.

Sudah pasti, Tom gembira apabila insan yang paling disayanginya berada dekat dengan dirinya.

“Mereka sangat baik dan saya gembira melihat ibu saya di sini. Kadang-kadang dia akan menegur dengan berkata ‘jaga adab awak’. Dia menjaga saya dengan baik,”kata Tom.

Ada dan mendiang suaminya, Harry dikurniakan empat anak iaitu Tom, barbara, Margi dan Janet yang meninggal pada usianya 13 tahun.


Sebelum persaraannya, Tom bekerja sebagai tukang cat dan penghias, manakala Ada sebagai jururawat di sebuah hospital di sana.

Keluarga mereka kerap datang melawat Ada dan Tom. Cucu Ada, Debi berkata, dia gembira melihat keakraban Ada dan Tom.

Dalam pada itu, pengurus rumah tersebut, Philip Daniels menyatakan dia berbesar hati menguruskan keperluan Ada dan Tom kerana pertalian darah yang rapat antara mereka menyentuh hati pekerja-pekerja di situ.

“Jarang sangat untuk lihat ibu dan anak dalam rumah penjagaan yang sama. Sudah pasti kami akan buat masa yang diluang mereka menjadi istimewa. Mereka memang tidak dapat dipisahkan,” katanya.

Jelas, kasih sayang yang dicurahkan Ada terhadap Tom tiada cacat celanya. – MYNEWSHUB.CC/SA


Thus Article Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua

Itulah artikel Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/warga-emas-jaga-anak-di-pusat-penjagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga Emas Jaga Anak Di Pusat Penjagaan Orang Tua"

Catat Ulasan

Loading...