Loading...

TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya

Loading...
TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya
link : TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya

Baca juga


TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya

THE MALAYSIAN TIMES

Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata mentaliti  pemain terbabit yang merosakkan  prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

“Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.

“Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.

“Tidak  guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat lapan atau sembilan pemain  senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang. Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ketiga sesi 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Berikutan itu, baginda berkata tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ialah mengubah mentaliti pemain yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Ketika diminta  mengulas  mengenai pelantikan ​​Cheng Hoe, Tunku Ismail berkata jurulatih berkenaan diberikan kebebasan dalam mengendalikan pasukan kebangsaan.

Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Khamis lepas, selepas Vingada melepaskan ‘kerusi panas’ itu setelah mengadakan perbincangan bersama TMJ, dengan alasan mahu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.

Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama enam bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan, apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan enam kekalahan, termasuk dua kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.

Selain Vingada, dua pembantunya – Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa,  turut melepaskan jawatan masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.
Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016.
— BERNAMA





Thus Article TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya

Itulah artikel TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/tmj-dedah-ada-pemain-besar-kepala-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TMJ dedah ada pemain ‘besar kepala’ dalam skuad Harimau Malaya"

Catat Ulasan

Loading...