Loading...

Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'

Loading...
Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'
link : Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'

Baca juga


Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'

Oleh Shuhaniza Said, Wan Anis Ilyani W M Azhar & Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rata-rata perwakilan Umno hari ini menyokong penuh keputusan parti yang meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.
 
Ketua Penerangan Umno Puchong, Datuk Mohamad Lokman Hamidi menyifatkan ia satu keputusan yang tepat bagi mengelakkan 'perpecahan' berikutan persaingan yang pastinya akan mewujudkan kumpulan penyokong pemimpin tertentu, yang sekaligus boleh menjejaskan keutuhan Umno.
 
"Ini adalah petanda baik bahawa tak ada politiking, yang ditumpukan ahli parti dari peringkat atas hingga ke jentera di bawah adalah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 
 
"Jadi kurang politiking dalam parti akan membuatkan jentera parti mempunyai banyak masa menumpukan untuk kemenangan akan datang," katanya kepada Antarapos.
 
Sementara itu, Perwakilan Bahagian Alor Gajah, Mustafa Musa menyifatkan gandingan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Presiden, merupakan gandingan serasi dan mantap untuk mengemudi parti mendepani PRU14.
 
"Ini gandingan mantap, serasi, dinamik dan gandingan yg cukup sinonim untuk mengemudi Umno pada dekad akan datang. Ini penting untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian parti dan kita tak punyai masa lagi untuk pecah belah dan fikir soal pemilihan. 
 
"Bila tak dipertandingkan, saya yakin ini kurangkan sedikit ketegangan yang melanda umno terutama pada musim pemilihan," ujarnya.
 
Lebih fokus menang PRU14
 
Bagi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Zulfitri Yaacob pula, keputusan berkenaan amat tepat kerana parti pada masa kini lebih memerlukan solidariti untuk mendepani PRU14, dan ia merupakan perkara penting yang melangkaui soal pemilihan.
 
"Kita di peringkat bahagian termasuk cawangan dan keseluruhan akar umbi, kita suka perpaduan di kalangan ahli umno. kita lihat keutuhan bangsa Melayu pasti akan menjadi lebih kuat bila tiada pertandingan peringkat jawatan tertinggi," katanya.
 
Dalam pada itu, AJK Pemuda Umno Segamat, Roeny Mat Zein, berkata keputusan berkenaan bukan bermakna Umno tidak demokratik.
 
Ini kerana katanya cadangan berkenaan diusulkan dan dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan.
 
"Pada saya ia tak dipertandingkan kerana perwakilan yang mahu, pembangkang pula di sana tiada mesyuarat, buat keputusan sendiri," kata  beliau.
 
Terdahulu, Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017) yang berlangsung hari kedua pada hari ini menerima sebulat suara cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden untuk tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
 
Cadangan berkenaan dibawa oleh Pemuda Umno Bahagian Rompin, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz pada semalam, ketika membahaskan ucapan dasar presiden.
 
Ia disokong hampir keseluruhan perwakilan yang membahaskan ucapan berkenaan



Thus Article Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'

Itulah artikel Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/jawatan-presiden-timbalan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Presiden, Timbalan tak dipertandingkan kurangkan 'politiking'"

Catat Ulasan

Loading...