Loading...

Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Loading...
Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang
link : Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Baca juga


Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang


SEORANG wanita bertindak menendang perut seorang jururawat ketika petugas tersebut ingin memberikan suntikan kepada anaknya yang berusia empat tahun.

Lebih mengejutkan lagi, jururawat yang berkhidmat di sebuah hospital yang terletak di Tongshan, Hubei, China itu sedang hamil enam minggu.

Menurut South China Morning Post, jururawat yang dikenali sebagai Zhu itu meminta kanak-kanak lelaki berkenaan supaya tidak bergerak bagi memudahkan suntikan itu diberi.

Namun, kanak-kanak tersebut meraung kesakitan dengan tiba-tiba membuatkan wanita berkenaan berang dan bertindak menarik rambut serta menendang perut Zhu.

Video yang menunjukkan perlakuan wanita berkenaan turut tular di negara tembok besar itu selepas kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu mendapat perhatian netizen di sana.



Akibat ditendang wanita berkenaan, jururawat yang berusia 38 tahun itu terjelopok ke lantai sambil memegang perutnya dengan tangisan.

Zhu yang ketika itu mengalami pendarahan dikejarkan ke jabatan obstetrik dan ginekologi hospital yang sama.

Hasil rawatan yang dijalankan, kandungan Zhu berada dalam keadaan yang bahaya dan kemungkinan akan mengalami keguguran.

Disebabkan perbuatan wanita tersebut membuat ‘kekecohan’ di hospital berkenaan tular, suaminya turut terkena tempias.

Suaminya, Xu Lianglu yang juga seorang pegawai di jabatan pengurusan bandar berkenaan terpaksa akur apabila diberhentikan kerja akibat tindakan isterinya itu.

Dilaporkan, kes tersebut sedang berada dalam siasatan pihak polis tempatan. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Itulah artikel Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/kanak-kanak-menangis-jururawat-hamil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang"

Catat Ulasan

Loading...