Loading...

Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan

Loading...
Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan
link : Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan

Baca juga


Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan


ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut akibat terkena tembakan dari senapang patah milik keluarganya di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang berbaring menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya sebelum senapang patah milik moyangnya yang berusia 80 tahun dan masih berpeluru terjatuh lalu meletup dan pelurunya mengenai bahagian muka kiri mangsa.

Bapa mangsa, Mohd Hishamuddin Azmi, 34, berkata anak sulungnya itu tinggal bersama datuk, nenek, dua bapa dan ibu saudaranya selepas dia dan isteri, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, berpisah tiga tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Jitra sebelum menerima panggilan telefon daripada bekas isteri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi yang memaklumkan tentang kejadian.

“Saya terus bergegas pulang ke rumah dan saya sebak melihat keadaan anak yang terbaring di ruang tamu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Mohd Hishamuddin berkata kali terakhir dia menghubungi anaknya pada minggu lalu dan ketika itu anaknya menyuruhnya pulang mengambilnya untuk membeli baju dan peralatan sekolah.

“Kali terakhir saya jumpanya pada bulan lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan ketika saya menghubunginya minggu lalu, dia mengajak saya untuk membeli baju sekolahnya.

“Saya bercadang untuk membawanya membeli baju dan peralatan sekolah Jumaat ini tetapi tidak kesampaian,” katanya.

Katanya, anak sulungnya daripada empat adik beradik itu merupakan pelajar pintar selepas memperoleh Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus, Jitra, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA


Thus Article Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan

Itulah artikel Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/kanak-kanak-8-tahun-maut-terkena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan"

Catat Ulasan

Loading...