Loading...

Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak

Loading...
Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak
link : Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak

Baca juga


Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak


JOGET Bumbung merupakan satu tarian terkenal di Bali, Indonesia yang pada mulanya dibawa oleh petani untuk menghilangkan perasaan penat mereka.

Namun tarian tradisional warisan masyarakat itu sedikit sebanyak mempunyai unsur lucah untuk menarik perhatian golongan lelaki yang berfikiran songsang.

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia apabila festival Joget Bumbung yang diadakan di Denpasar, ibu kota pulau peranginan itu telah dicemari dengan kelakuan tidak senonoh segelintir penonton.

Menurut portal Coconuts, beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wan Arta telah mengundang kemarahan ramai netizen setelah melihat video tersebut.

Video itu telah menunjukkan sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal telah melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang penari tradisional itu di depan khalayak umum.

Apa yang lebih menaikkan kemarahan ramai pihak ialah apabila perlakuan biadab itu turut dilihat oleh kanak-kanak yang kebetulan berada di sana.


Hampir 11,000 pengguna Facebook berkongsi video tersebut yang menunjukkan kumpulan lelaki itu bergilir-gilir mengganggu wanita tersebut ketika persembahan tarian tradisional Bali itu diadakan.

Dalam masa sama, terdapat beberapa pendapat memberitahu bahawa tarian tersebut merupakan sejenis tarian Bali yang cukup eksotik, namun ia tidak wajar dipersembahkan jika ada kanak-kanak sebagai penonton di kawasan itu.

Bagaimanapun, tarian Joget Bumbung merupakan sejenis tarian yang mana penarinya perlu menari dengan gaya menggoda bagi menjemput penonton untuk turut serta menari bersama-sama.

Tetapi, festival Joget Bumbung yang diadakan di Denpasar itu bertujuan untuk menepis tanggapan masyarakat terhadap tarian itu yang dianggap sebagai tarian seksual.

Namun sayangnya apabila video itu mula tular, netizen masih menganggap tarian tradisional itu merupakan sesuatu yang seksual dan bukannya melambangkan keunikan negara seberang itu.

Netizen terus melahirkan rasa tidak puas hati kerana bagi mereka, perkara yang dilakukan oleh kumpulan lelaki itu telah memalukan budaya dan seni Bali sendiri.

Mereka turut bimbang dengan masa depan kanak-kanak tersebut yang menonton kerana khuatir mereka akan mengikutnya di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AH



Thus Article Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak

Itulah artikel Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/penonton-tak-senonoh-tak-sopan-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak"

Catat Ulasan

Loading...