Loading...
Tajuk : Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam
link : Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam
Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam
PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta milik bapanya di Parit Haji Nasir, di sini, selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar Ahmad Rossyed Isa berkata, dalam kejadian 11.15 pagi, kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta Proton Iriz yang enjinnya dihidupkan dan diletakkan di perkarangan rumah dengan pengetahuan ibu bapanya.
Katanya keluarga kanak-kanak itu berasal dari Kuala Lumpur dan ketika kejadian, ibu bapanya sedang bersiap untuk keluar dari rumah.
“Sejurus menyedari kanak-kanak itu terperangkap, bapanya menghubungi pihak bomba dan sepasukan anggota bomba tiba beberapa minit kemudian di lokasi kejadian,” katanya kepada media di sini hari ini.
Ahmad Rossyed berkata pada mulanya penduduk setempat cuba membantu membuka pintu kereta itu namun usaha itu gagal.
Menurut beliau, bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut panik serta menangis, pihaknya menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada kereta berkenaan pada 11.47 pagi tanpa sebarang kecederaan. – BERNAMA
Thus Article Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam
Itulah artikel Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/kanak-kanak-terperangkap-hampir-sejam.html
0 Response to "Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam"
Catat Ulasan