Loading...

'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'..

Loading...
'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'.. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'..
link : 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'..

Baca juga


'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'..


GEORGE TOWN, PULAU PINANG - Viral di media sosial video seorang pemandu bas pekerja memarahi dan memukul dua orang pekerja warga asing dipercayai warganegara Nepal yang didakwa bersikap kurang ajar. 

Video yang dimuat naik oleh Dek Yuna di akaun Facebook (dipercayai berlaku di Paya Terubong) mendakwa, pemandu bas terbabit tidak puas hati dengan pekerja asing berkenaan yang meminta menghidupkan penghawa dingin.

"Bas terhenti, pekerja minta buka icon Ac (penghawa dingin). Driver tak puas hati, bagi penompang turun dan call member bagi hantam. 

"Driver tak kisahlah (orang) tempatan kah, luar, pakailah hati, jangan main hakim sendiri," tulisnya yang meminta rakan-rakannya menviralkan video kejadian itu.


Difahamkan, perkhidmatan bas pekerja itu dibayar oleh para pekerja, bukannya dibayar oleh pihak pengurus atau majikan pekerja berkenaan.

Berdasarkan video, lelaki berbaju biru memarahi seorang pekerja warga asing dengan memberi amaran agar jangan bermain-main dengannya, lebih-lebih lagi bila berada di Malaysia kerana dia boleh membunuh pekerja berkenaan. 

"Barua! Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini Malaysia tau! Wa boleh bunuh lu tau! Jangan main-main aa!! Jangan kurang ajar!

"Sekoq lagi mana lu punya kawan?! Hang punya kawan mana??!! Lu jangan main-main sini aa! Sekarang tak puas hati, pukui! Lu cakap baik-baik! Pukimak la cakap baik-baik!" kata lelaki berkenaan sebelum membelasah seorang lagi pekerja warga asing dengan helmet. 

Ketika kejadian, ramai pekerja warga asing yang lain hanya mampu melihat sahaja. Namun kedengaran suara lelaki yang meminta pengurus pekerja berkenaan dipanggil untuk meredakan keadaan. 

"Pakcik janganlah macam itu, janganlah main hakim sendiri. Mana boleh macam itu," rayu perakam. 

Lelaki yang sama kemudian mengarahkan para pekerja yang lain beredar dari kawasan tersebut. Rakan lelaki terbabit yang menyedari wanita berkenaan merakam kejadian itu kemudian cuba merampas telefonnya. - The Reporter


Thus Article 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'..

Itulah artikel 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'.. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/lu-jangan-main-main-ini-malaysia-tau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Lu jangan main-main, ini Malaysia tau!'.."

Catat Ulasan

Loading...