Loading...

Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati

Loading...
Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati
link : Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati

Baca juga


Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati


Sekurang-kurangnya dua orang sah terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) kelmarin.

Memetik laporan The Jakarta Post, salah seorang yang terkorban ialah pegawai polis, manakala seorang lagi dipercayai suspek pengebom bunuh diri.

Laporan awal mengatakan dua ledakan yang berselang lima minit itu terjadi di tandas bangunan terminal. Saksi kejadian melihat terdapat anggota tubuh yang berkecai di lokasi letupan, berdekatan kawasan parkir motosikal.

Jurucakap Polis Indonesia, Setyo Wasisto memberitahu lima orang awam turut cedera dalam insiden tersebut.

Agensi itu melaporkan setakat ini, dua yang terbunuh masing-masing adalah lelaki dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Rumah Sakit Jatinegara, Jakarta Timur.


Maklumat masih tidak jelas tetapi beberapa saksi berkata letupan pertama dan kedua berlaku selang lima hingga 10 minit berdekatan perhentian bas dan tempat letak motosikal.

Polis masih belum mengetahui punca letupan, tetapi beberapa gambar dan video dari tempat kejadian yang tersebar tidak lama selepas itu menunjukkan terdapat cebisan daging manusia dan bahagian-bahagian yang terpisah dari badan, termasuklah apa yang kelihatan seperti kepala manusia di perhentian bas.

Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.


Dalam laporan CNN Indonesia, yang memetik kata seorang saksi kejadian, ledakan itu didakwa dilakukan oleh seorang wanita.

Dalam kemaskini terbaru, Polis Indonesia telah mengenal pasti seorang daripada dua pengebom bunuh diri dalam serangan di terminal bas Kampung Melayu di timur Jakarta malam tadi.

Menurut The Jakarta Post yang memetik sumber polis bahawa salah seorang pengebom dikenali sebagai Ichwan Nurul Salam, 32, yang dilahirkan di Bandung dan bermastautin di Jakarta.


Seorang lagi pelaku walau bagaimanapun tidak dinamakan. Jurucakap polis iaitu Sr. Komisioner Kanan. Martinus Sitompul berkata kedua-dua suspek melakukan letupan di lokasi yang berjarak kira-kira 10 hingga 12 meter antara satu sama lain. 

Tambah Martinus, hasil siasatan awal polis mendapati bahan letupan yang digunakan adalah yang berkuasa rendah. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rX9oa3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati

Itulah artikel Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/jakarta-dibom-polis-kenal-pasti_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jakarta DiBom: Polis Kenal Pasti Identiti Pengebom Berani Mati"

Catat Ulasan

Loading...