Loading...

Gempar Harimau Terlepas Di Paris

Loading...
Gempar Harimau Terlepas Di Paris - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gempar Harimau Terlepas Di Paris, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gempar Harimau Terlepas Di Paris
link : Gempar Harimau Terlepas Di Paris

Baca juga


Gempar Harimau Terlepas Di Paris


PARIS – Seekor harimau yang terlepas dari sarkas mencetuskan kekecohan selepas dilihat merayau di bandar ini sebelum ditembak mati pemiliknya kelmarin.

Anggota bomba dipanggil selepas orang ramai melihat haiwan seberat 200 kilogram itu berkeliaran di Arrondissement de Vaugirard, daerah terbesar di Paris.

Berita mengenai harimau terlepas itu tular di media sosial dan pihak berkuasa menghentikan sementara perkhidmatan trem di kawasan berkenaan.

Selepas insiden itu, polis dalam laman Twitter memberitahu, ancaman harimau itu sudah berakhir.

Harimau itu dilaporkan terlepas dari kandang sarkas Bormann Moreno yang dijadual mengadakan pertunjukan di Paris mulai 3 Disember ini.

“Pemilik harimau ini masih dalam keadaan terkejut. Apabila kami tiba, haiwan itu sudah mati,” kata jurucakap bomba, Valerian Fuet.

Menurutnya, harimau itu ditembak mati di lorong belakang bangunan yang tiada orang lalu-lalang bukannya di jalan raya.

Polis memberitahu, pemilik harimau berkenaan ditangkap selepas kejadian berkenaan.

Menurut polis, pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana haiwan berkenaan boleh terlepas dan merayau di bandar itu. – AFP/myMetro Online



Thus Article Gempar Harimau Terlepas Di Paris

Itulah artikel Gempar Harimau Terlepas Di Paris Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gempar Harimau Terlepas Di Paris dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/gempar-harimau-terlepas-di-paris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gempar Harimau Terlepas Di Paris"

Catat Ulasan

Loading...