Loading...

Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Loading...
Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'
link : Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Baca juga


Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'



Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menzahirkan rasa sedih dengan keadaan sebahagian ahli politik yang 'gagap' berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris.

Jelas Mohd Khairuddin lagi, perkara itu boleh diperhatikan dalam perbahasan di Parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

"Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris?

"Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sebagai perbandingan Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, namun ia tidak boleh dilakukan oleh sebahagian ahli politik.

"Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik," jelasnya.

Justeru, katanya integrasi antara kaum perlu diperkasakan lagi di negara ini.

Ulasnya lagi, integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan India bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan Cina, India atau berketurunan Melayu.

"Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa," katanya.


Thus Article Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Itulah artikel Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/mat-dang-fasih-bm-kenapa-ahli-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'"

Catat Ulasan

Loading...