Loading...

Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing

Loading...
Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing
link : Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing

Baca juga


Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing


MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.

Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.

Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.

Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.

Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.

Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.

Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.

“Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih,” katanya dipetik Sinar Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWSHUB.CC/SA


Thus Article Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing

Itulah artikel Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/akibat-buli-pelajar-tingkatan-3-sukar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing"

Catat Ulasan

Loading...