Loading...

Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !

Loading...
Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !
link : Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !

Baca juga


Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !


PETALING JAYA: PKR mendesak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjawab dakwaan Sarawak Report yang mengatakan peguam itu menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya menggesa Najib dan Shafee untuk menjelaskan perkara ini dan menerangkan dengan jujur mengenai urusan wang ini,” kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau mengaitkan dakwaan itu kepada peranan Shafee sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015, dan berkata peguam veteran itu turut membuat jelajah selepas pensabitan pemimpin PKR itu.
“Perbuatan jahat untuk memburukkan lagi Anwar ini bukan sahaja menghina mahkamah, malah ia jelas menunjukkan niat beliau untuk menjatuhkan Anwar bagi pihak Najib,” kata Nik Nazmi, dan menambah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali “mesti menjelaskan tindakan apa yang akan diambilnya”.
Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata laporan polis akan dibuat terhadap peguam itu, tetapi enggan memberikan butiran.
“Saya dimaklumkan oleh peguam akan ada pihak yang akan buat laporan polis pasal tu. Kami harap polis akan siasat dengan teliti,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Pada Rabu, Sarawak Report menamakan Shafee sebagai salah seorang penerima wang daripada akaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib.
Najib sebelum ini menafikan RM2.6 bilion dalam akaunnya itu mempunyai kaitan dengan syarikat milik kerajaan itu, seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal 2015 yang memetik kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia ke atas 1MDB. Sebaliknya, menurut beliau, sumbangan itu daripada keluarga diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum Umno pada 2013.
Shafee dilantik mengetuai pasukan pendakwa raya dalam rayuan kerajaan untuk menterbalikkan pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau terus mengetuai pendakwaan itu walaupun peguam Anwar cuba menyingkir beliau, dan akhirnya berjaya mendapatkan pensabitan.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.
Selepas pensabitan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan membayar Shafee RM1,000 sahaja untuk khidmat undang-undangnya.
FMT cuba menghubungi Shafee tetapi belum berjaya, walaupun pesanan ke WhatsApp beliau sudah dibaca. Shafee juga tidak tampil di mahkamah hari ini untuk mendengar saman fitnah Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. #sumber



Thus Article Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !

Itulah artikel Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/peguam-shafee-di-desak-berterus-terang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam Shafee Di Desak Berterus Terang Mengenai Duit RM9.5 Juta !"

Catat Ulasan

Loading...