Loading...

Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’

Loading...
Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’
link : Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’

Baca juga


Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’


KUALA LUMPUR – Seorang murid tahun enam nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Taman Ayer Panas, Setapak, pada Jumaat minggu lalu.

Dalam kejadian pukul 11.41 pagi itu, Alang (bukan nama sebenar), 12, baru sahaja pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Bagaimanapun, dia yang baru saja tiba di hadapan pagar rumahnya berasa tidak sedap hati melihatkan sebuah van berwarna putih yang diparkir berhampiran dengan rumahnya.

“Apabila ingin buka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu menghampiri, menyebabkan saya segera mengayuh basikal ke tempat yang ada orang,” katanya dipetik laporan dari Harian Metro.


Van berkenaan cuba mengekorinya sehinggalah di kawasan simpang, menyebabkan mangsa menyorok di salah sebuah rumah jirannya yang sedang berpindah.

Menurut ibunya, Nur (bukan nama sebenar), 42, sebaik melihat anaknya itu tidak jadi masuk ke rumah dan van putih itu mengekori anaknya, wanita berkenaan terus bergegas ke luar.

“Ketika kejadian, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan CCTV (kamera litar tertutup).

“Saya menyedari kemuculan van putih itu namun tidak syak apa-apa pada mulanya. Namun secara tiba-tiba ada lelaki buka pintu van belakang dan undur kenderaan menghampiri Alang,” katanya.

Cemas melihat keadaan itu, dia terus keluar rumah untuk mendapatkan anaknya.

“Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.

“Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’

Itulah artikel Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/video-budak-12-tahun-nyaris-diculik-van.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Budak 12 Tahun Nyaris Diculik ‘Van Putih’"

Catat Ulasan

Loading...