Loading...

46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai

Loading...
46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai
link : 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai

Baca juga


46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai


KUALA LUMPUR – Sebanyak 46 ekor kucing diselamatkan sepasukan polis daripada dikurung dan terabai dalam di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul, di sini berikutan aduan kelab pencinta kucing selepas mengesyaki seorang lelaki memperguna haiwan terbabit untuk mendapatkan wang.

Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata beliau dan sekumpulan orang ramai mengesyaki perbuatan lelaki itu mengumpan haiwan berkenaan melalui laman Facebooknya untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan dan merawat kucing yang sakit.

Berikutan itu, semalam ,beliau membuat laporan di Balai Polis Sentul.

Hari ini, beliau dan rakan-rakan bersama sepasukan polis pergi ke rumah lelaki berumur 41 tahun itu kira-kira 11.45 pagi ini dan mendapati kesemua kucing itu terkurung di dalam sangkar dalam keadaan tidak terurus.

“Sangat menyedihkan apabila melihat kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. Hampir keseluruhan kucing itu juga dijangkiti ‘Sporo’ dan mengalami demam,” katanya kepada pemberita di sini.

Penyakit Sporotrichosis atau dikenali sebagai “Sporo” disebabkan oleh fungus daripada persekitaran tanah, tumbuhan dan spesies haiwan.

Tinjauan Bernama di kediaman lelaki berkenaan mendapati persekitaran luar dan dalam rumah itu dipenuhi sampah sarap dan kelihatan wayar-wayar elektrik berselirat hingga dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran serta membahayakan jiran-jirannya.

Pengikut Kelab Pencinta Kuching Malaysia Datuk Leen Mustafa, 38, yang turut berada di rumah lelaki terbabit berkata pihaknya meminta kerjasama polis untuk menyelamatkan kucing-kucing itu dengan segera.

“Kucing-kucing ini akan diletakkan di sebuah lot kedai dan Kelab Kucing Jalanan akan merawat kucing-kucing mengikut penyakit yang dijangkiti dan selepas sembuh akan dibuka untuk dipelihara oleh sesiapa yang berminat.

“Kami sedang mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan bagi mengubati kucing-kucing yang dijangkiti Sporo yang memerlukan kos tinggi,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menghubungi Kelab Pencinta Kuching melalui Leen di talian 019-3999962. – BERNAMA


Thus Article 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai

Itulah artikel 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/46-ekor-kucing-diselamatkan-dikurung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai"

Catat Ulasan

Loading...