Loading...

[TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN

Loading...
[TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN
link : [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN

Baca juga


[TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN


SIAPAKAH yang berani mengesahkan bahawa pelaburan berbilion ringgit oleh kerajaan komunis China ke dalam Malaysia tidak mempunyai niat menjajah dan menguasai negara kita?
Siapakah yang berani mengesahkan semua projek yang dijalankan di tanah milik kita, manfaatnya akan kembali kepada kita?
Siapakah yang berani mengatakan bahawa pelabur China ikhlas membangunkan negara kita dengan pelbagai infrastruktur moden, semata-mata untuk memajukan Malaysia?
Siapakah yang berani memberi jaminan semua projek pelabuhan di kawasan-kawasan strategik akan mengukuhkan pertahanan negara dan tidak sedikit pun memberikan ruang kepada China untuk menjadikannya pangkalan tentera mereka?
Siapakah yang berani mengatakan bahawa syarikat-syarikat Melayu dan Bumiputera tempatan akan beroleh pelbagai peluang untuk naik maju melalui projek-projek China ini?
Siapakah yang berani berjanji bahawa China tidak akan masuk campur dalam isu dalaman negara sama ada aspek ekonomi, perundangan, pendidikan, pertahanan dan sebagainya?
Siapakah yang berani?
Hari ini, disebabkan tiada seorang pun orang kerajaan yang berani mengesahkan perkara-perkara di atas, maka Pedang berani berkata dengan lantang bahawa kemasukan pelaburan berbilion ringgit oleh China adalah satu ancaman kepada kedaulatan negara.
Pedang berani mengatakan bahawa di sebalik pelaburan China yang kononnya memberi manfaat kepada rakyat tempatan, adalah satu bentuk penjajahan baharu ke atas bumi bertuah ini.
Pedang berani berkata bahawa pimpinan negara telah menggadaikan masa depan negara di tangan kerajaan komunis China.
Pedang berani mendatangkan pelbagai bukti dan hasil kajian yang menunjukkan bahawa projek One Belt One Road (OBOR) China ini adalah satu malapetaka kepada negara.
Pedang berani mengatakan bahawa kerajaan China sedang berusaha menjarah hasil bumi negara kita tanpa meninggalkan sedikit pun untuk kita dan generasi seterusnya.
Banyak media telah mendedahkan bahawa pekerja-pekerja dari China dibawa masuk ke dalam negara ini untuk menjalankan projek berkenaan.
Juga telah didedahkan bahawa banyak bahan mentah dibawa masuk dari China untuk projek-projek ini dan barangan tempatan tiada tempat dalam projek mereka.
Segala-galanya atas nama transformasi – masa depan generasi Melayu, Bumiputera dijual, digadai, tanah diambil diserah kepada bangsa asing, rakyat dicengkam pelbagai cukai.
Adakah kita tidak mahu mengambil pengajaran daripada projek Pelabuhan Hambantota di Sri Lanka? -
sumber: ismaweb


Thus Article [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN

Itulah artikel [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/tergadai-projek-obor-china-satu-bentuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[TERGADAI] Projek OBOR China satu bentuk ‘PENJAJAHAN’ baharu, SIAPA BERANI NAFIKAN"

Catat Ulasan

Loading...