Loading...

Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri

Loading...
Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri
link : Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri

Baca juga


Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri


KOTA BHARU – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menunggang motosikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, mangsa Mohd Roddin Hashim, 45, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di leher.

“Siasatan awal mendapati senapang patah milik RELA yang diletakkan mangsa di dalam bakul motosikalnya meletup dengan sendiri sebelum mengenai leher mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama isterinya.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk berburu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan taklimat keselamatan kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata siasatan juga mendapati mangsa memiliki lesen senjata api yang sah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk dibedah siasat.

Beliau turut menasihatkan pemilik senjata api lama untuk menitikberatkan aspek keselamatan dan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) ketika membawa senjata berkenaan. – BERNAMA


Thus Article Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri

Itulah artikel Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/anggota-rela-maut-tertembak-diri-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...