Loading...

Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon

Loading...
Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon
link : Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon

Baca juga


Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon


BEIJING – Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berjalan di tepi jalan di bandar Yeuyang, Wilayah Hunan, minggu lalu.

Memetik laporan China Digital Times, hanya seorang kanak-kanak berusia dua tahun terselamat dalam kejadian ngeri kira-kira jam 11 pagi itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada mulanya menunjukkan pasangan suami isteri itu berjalan bersama empat anak kecil mereka di bahu jalan sebelah kanan.

Pasangan itu masing-masing memimpin tangan keempat-empat anak mereka di kiri dan kanan seperti biasa ke destinasi mereka.

Namun secara tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu dengan laju merempuh keluarga itu dari arah belakang dengan kuat.

Menyebabkan kesemua mangsa tercampak, manakala si bapa diseret lebih kurang 100 meter sebelum berhenti.


Kelima-lima mangsa difahamkan maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam rakaman, anak kecil yang terselamat itu segera berdiri dan menangis dalam kesakitan apabila mendapati keluarganya sudah mati dirempuh kenderaan tersebut.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran segera bertindak menahan pemandu kereta pacuan empat tersebut kerana bimbang lelaki itu melarikan diri.

Kejadian dikatakan berpunca dari tindakan pemandu kenderaan itu yang bermain dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan dia tidak menyedari pemanduannya tersasar lalu merempuh keluarga berkenaan.

Difahamkan, pemandu tidak beranggungjawab itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu netizen mengecam tindakan pemandu terbabit dengan meminta pihak berkuasa di negara itu mengenakan hukuman yang berat terhadap pemandu itu agar dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon

Itulah artikel Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/sekeluarga-maut-dirempuh-pemandu-main.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon"

Catat Ulasan

Loading...