Loading...

Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya

Loading...
Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya
link : Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya

Baca juga


Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya


ALOR GAJAH – Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi berkeliaran di laluan itu di sekitar Kilometer 198, arah utara pagi tadi.

Haiwan terbabit terlepas ke atas jalan selepas lori yang membawanya terbabit dalam kemalangan dan terbalik di lokasi terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dalam kemalangan itu, lori membawa babi yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Senawang, Negeri Sembilan itu dipercayai dilanggar oleh sebuah PROTON Gen2 dari arah belakang sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahu jalan.

Pemandu lori itu, Tee Yu Peng, 58, berkata dia memandu di lorong paling kiri ditemani isteri, Tan Bee Chin, 55, dalam perjalanan membawa ternakan berkenaan ke Senawang.

“Saya memandu perlahan di lorong kiri kira-kira 70 kilometer sejam, sebelum tiba-tiba rasa lori bergegar kerana ada sesuatu langgar dari belakang.

“Kemalangan ini menyebabkan lori terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan sebelum memasuki longkang dan terbalik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kata Yu Peng, akibat kemalangan itu dia cedera di bahu, manakala isterinya hanya cedera ringan di kepala.

Difahamkan, pemilik lori babi berjaya menangkap semula haiwan ternakannya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah lagi lori pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata penuntut sebuah kolej yang juga pemandu PROTON Gen2, Muhamad Dhiaulhaq Xulkifli, 18, cedera di kepala, manakala dua sahabatnya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE


Thus Article Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya

Itulah artikel Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/kecoh-babi-berkeliaran-di-lebuh-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di Lebuh Raya"

Catat Ulasan

Loading...