Loading...

Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?

Loading...
Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?
link : Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?

Baca juga


Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?


RIYADH – Ini mungkin agak pelik tetapi pihak berkuasa sukan Arab Saudi dilaporkan ‘haram’ penonton yang ‘tidak berpakaian sesuai’ daripada memasuki stadium atau kemudahan sukan.

Namun sejak peraturan larangan itu diumumkan pada 10 Oktober lalu, hashtag dalam bahasa Arab iaitu “larang baju tidur dalam stadium’ tular sehingga sudah pun digunakan hampir 600,000 kali menerusi laman Twitter.

Keputusan aneh itu kelihatan seperti satu langkah tegas oleh pemerintah Arab Saudi sendiri untuk menghentikan golongan lelaki daripada sengaja memakai jubah longgar berlengan pendek ketika berada di tempat awam.

Bagaimanapun, stesen antarabangsa BBC melaporkan, ramai pengguna media sosial di negara itu berbelah bahagi dalam reaksi mereka terhadap berita tersebut waima bersetuju pakaian berkenaan secara tradisi dipakai di rumah!

Untuk rekod, kenyataan diterbitkan oleh Penguasa Sukan Umum itu mendedahkan bahawa Turki al Alshikh, yang baru dilantik sebagai pengerusi oleh dekri diraja pada bulan September lalu mengeluarkan arahan tersebut.


Beliau mengarahkan agar pihak berkuasa sukan tempatan tidak lagi mengizinkan para pengunjung terutama penonton lelaki yang didapati “tidak berpakaian sesuai” untuk masuk ke kawasan fasiliti arena sukan awam.

“Ini adalah kerana perlawanan bola sepak dan beberapa kejohanan sukan lain ditayangkan secara langsung sehingga dapat ditonton oleh pelbagai golongan usia dan latar belakang,” dedah kenyataan tersebut yang dipetik BBC.

“Ini memerlukan orang ramai untuk tampil mengenakan pakaian yang sesuai dengan imej masyarakat Arab Saudi dan selaras amalan kesopanan masyarakat serta mengelakkan daripada apa-apa yang melanggar tatalaku ini,

“Ia termasuk memakai pakaian yang tidak sesuai untuk dilihat di tempat awam.” Pihak berkuasa turut melampirkan grafik yang menunjukkan enam kumpulan pakaian apa sesuai digunakan manakala jubah longgar adalah dilarang.

Ekoran itu, sebilangan pengguna menerusi laman Twitter yang menggunakan hashtag“larang baju tidur dalam stadium” berkongsi beberapa gambar individu yang memakai jubah tersebut di tempat awam, menurut BBC.


“Ia adalah satu keputusan yang akan beri kesan agak besar pada jumlah peminat pasukan Al-Hilal kerana mereka memakai jubah jenis itu apabila menonton perlawanan,” tulis salah seorang pengguna media sosial tempatan.

Beberapa netizen lain yang menyokong keputusan itu juga menyoal mengapa peraturan tersebut tidak diamalkan di masjid. Mereka yang tidak bersetuju dengan larangan tersebut juga menyuarakan pendapat mereka di media sosial.

“Keputusan yang betul tetapi ia seharusnya diamalkan di rumah Allah dahulu,” dedah seorang pengguna media sosial. Namun Arab Saudi bukanlah satu-satunya yang menjadikan isu pakai baju tidur sesuatu kontroversi.

Pada Januari lalu, pasar raya besar Tesco tidak menghiraukan aduan oleh salah seorang pelanggannya di Britain, yang melaporkan tentang individu memakai baju tidur di cawangan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?

Itulah artikel Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/saudi-larang-penonton-pakai-baju-tidur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?"

Catat Ulasan

Loading...